Sunday, 17 May 2015



assalamualaikum....setelah berkepok dok dlm draft..am here to update...hopefully there sum1 wud read an d comment..



Bab 14……….
                  Aku duduk sendirian di tepi kolam mini umi..tenang….. usai makan tadi,aku Cuma membantu mek ani,pembantu baru umi mengangkat pinggan ke dapur.abah dan umi asyik melayani tetamu mereka.dari jauh kedengaran suara mereka .Azim dan Miza datang bersama dia.menyapaku.terkaku seketika.mujur nescaffe di tangan ku tidak tertumpah.

          “hye kak Nurin..kita orang duduk boleh….”

“duduklah miza,azim….kenyang dah??”

               “Miza and azim je ke soffiya pelawa??? Saya ni??”   suara itu lagi mengusik halwa…. Hmmm….

“duduk jelah…” aku menoleh ke arahnya.saat mata kami bertentangan seketika…aku terpaku…wajah itu……

“soffiya apa khabar??”

           “ biasa je….awak pulak??” 

“Alhamdulillah..so far..so good….tak tau lah pulak lepas ni….”

           “apesal pulak??”   aku cuba melawan pandangan nya….

“lepas jumpa soffiya ni,rasa lain macam pulak….hm….how’s ur life sekarang??”

          “So far…..ok je..sekarang kerja dengan abah….vise president….”

“tau….lain??”

         “tau?? What do you mean?? My life Cuma sekitar sini je lah..family,work….friends sometime….”

“taulah..your dad ada cakap…. Tak kan tu jer?? Bf?? Bff??”

         “o..i see….malas lah nak fikir semua tu.. bff still dian..remember her???”

“dian?? Yes..i ingat…. The Whole thing about katak puru pun I still remember..here and here…. “

Aku hanya mampu menjeling saat dia melarikan jemari ny dari kepala ke hati…  tak mampu lagi aku bersuara.

“kenapa tak nak fikir pasal boyfriend?? Ingat soffiya muda lagi ke??”

Dushhhh……. Terasa batu menghempap kepala….eeee…dia ni kan..nak kata aku dah tua ek???

“what do you mean ha???...ingat fiya ni tua sangat ke??? Sakitnya hati….”

“no…sorry… I tak maksudkan fiya tua pun…hmm..sorry…..”

            Kami terdiam seketika.takde mood dah nak berbual..adakah dia kata aku ni  tua..yes he 

did’nt mention it..tapi ayat tu…aduii…sakit hati tau….apalah nasib,ingtakan bila jumpa

ni,terkenang kembali kisah cinta tak kesampaian tu kan...alih-alih..menyakitkan je…

           “so..do still remember…how we used to be??feeling togeteher believe in what ever..my life

 is just for u…..”

hm… ayat tu macam pernah aku dengar lah…. Tapi kat mana ek??? Yes… my fav song…dari spice girls….
        “kenapa pulak fiya perlu ingat….fir ingat ke apa tu???”

“abang please…fiya kan muda dari fir….dulu pun panggil abang kan…”

        “ Tu dulu..masa sekolah kenalah hormat sikit..kalu tak..ada pulak yang anti…..kan???”

“its still me..so kena panggil abang…..ingat tak??”

        “apa??”

“how we used to be???”

         “ntah…lupa kot….. awak lupa jugakkan….”

“yelah tu lupa….. abang still ingat lagilah..macam mana orang tu,selalu lewat..siap panggil abang katak puru lagi…abang tak hensem ek dulu???”

          “hahaha..padan muka,selalu denda oran lagi kan….bukan tak hensem….tapi menyakitkan hati je kan”

“betullah kan…dah lewat,abang kena denda..fair untuk semua orang….tapi kenapa katak puru?? Bagilah yang lain,kucing ke…”

“kira ok lah tu….dari fiya kasi anjing..kan tak halal….hehheheh”

      “nakal nya….so,lepas SPM fiya study mana??”

“UiTM je…..ambik accounting and bisnes..awak???”

            “abang……. As you know..perth…. bisnes jugak….keja kat sana few  months  sebelum balik sini….”

“iyer???..... girlfriends?? Wife?? Kids maybe…”

            “ish…belum lagilah….. kena tunaikan janji kita dulu…remember….”
“hmmm……. Banyaklah janji tu..fiya dah tak mau ingat….”

   “fiya tau tujuan mama dan abah datang???” 

soalan itu agak mengejutkan.tiba-tiba lidahku kelu untuk menjawab.ku lihat sekeliling…bayang Azim dan Miza tak lagi kelihatan.bosan agaknya bila aku tak terlayan pada soalan mereka yang bukan-bukan tadi kot.anak-anak se usia mereka,ku kita perlu melalui pengalaman sendiri berbanding jawapan yang akan ku berikan. Dari kejauhan aku melihat renungan umi padaku.tak kumengerti apa maksud di sebalik pandangan umi itu.lantas hanya senyuman yang mampu terukir.
                  
                “dorang datang nak merisik” 

cepu emas punya word….fuhh..rasa nak pengsan….

“buat pa nak merisik segala?? Tak nak lah…awak ingat bahagia ke kahwin atur-atur ni??

                 “fiya tak suka abang ke???”

“bukan tak suka…. I adore u…remember??    but,where have you been this 9 years….janji tu dah terlerai fir….”agak sinis kedengaran.

               “I know…abang sepatutnya hubungi fiya selama ni..tapi abang tak mau ganggu study fiya…lagi pula,abang fikir,fiya akan selalu tunggu abang.family kita dah rancang semua ni dari dulu lagi…saat kita belum ada apa-apa janji…ni semua janji mereka sebenarnya…janji yang mereka ukirkan di fikiran masing-masing..masa tu mereka bersahabat.tau kan abah fiya dengan papa abang??” 

             panjang lebar jawapan yang dia berikan padaku.tapi tu semua tak penting lagi.. aku tak mahukan perkahwinan ini…. Perkahwinan tanpa cinta darinya… aku pulak?? Masihkah ada cinta ini untuknya.aku bermonolog sendiri..
                
           “tak mau ganggu study ke awak dah jumpa orang lain kat sana?? Lagi pula,umi tak pernah bagi apa-apa hint pun kat fiya masa fiya study,tak pernah pulak umi melarang fiya kawan denga sapa-sapa pun.” puas hati meluah apa yang terbuku ni.

“orang mana pulak ni?? Abang takde sapa-sapa pun… ke fiya dah ada yang menunggu??”

           “mana ada……. Awak fikirlah masak-masak ek..kita takkan bahagia…awak nak semua tu???

“sebab dah fikirlah abang ada di sini…yang paling penting…abang tak ada sesiapa sekarang..single and available….”

            “habis tu?? Dayang norinaa bte awang  bagus?? Hmm..dont say yang awak tak tau”

           Diam…  sepi lagi..dan aku dah tau itu bukan lah pilihan jawapan yang aku mau darinya..dan sudah jelaslah yang perkahwinan itu takkan terjadi…gembira?? 
         Itu bukan yang aku mau juga…. Biarlah masa yang menentukannya…. Aku berlalu meninggal kan dia sendirian..memikirkan apa jawapan yang akan dia berikan pada papa dan mamanya nanti… 

         Aku Cuma menghantar kepulangan keluarga aunty maria dari tingkap bilikku..tak mau bersemuka dengan mereka.bimbang riakku akan menghampakan mereka pulak.
       
Jelingan tajam umi aku biarkan kosong…. Selamat tinggal rifdi firdaus…selamat tinggal janji… maaf umi,mungkin bukan jodoh kami agaknya….mujur abby tak de,kalau tidak tentu bnyak rahsia yang ingin di ketahui..huhuhu… abby…sungguh aku rindu pada teddy bear ku itu… 
        
         semalam sudah dia khabarkan tak dapat balik dinner,kerana ada projek yang perlu di siapkan.. maklumlah sekarang tengah praktikal di hospital umum Sarawak… dia sedang menyambung pelajaran dalam peringkat phd.semoga Berjaya sayang…





Friday, 3 April 2015

ceritera cintaku 13

assalamualaikum....alamak...lamanya tak visit my blog ..berhabuk dah..hohoho... ada yang rindu nurin sofiya dan Rifdi Firdaus tak?? here it is..my 13 eps of Ceritera Cintaku




Ceritera Cintaku 13

           Seminggu selepas program family day di jalankan,aku di kejutkan dengan satu khabar yang tak pernah terlintas di benak ku.

     “Keluarga aunty Maria akan datang malam esok, sayang ada masa tak??”  ibu cuba berbasa-basi.
     
 “buat apa bu??”

        “Ada  hal lah tu agaknya,nak Tanya khabar mungkin..lama jugak ibu tak jumpa dorang. Soffiya ok tak??”
     
          “Why should’nt i?? datang nak jumpa ibu dan ayah kan??”

“ hmmm…..jom kita pergi boulevard,umi nak cari barang sikit”
       
             “ibu masak apa meh??”

“adalah sayang..kalau nak tau,esok Soffiya kena tolong ibu…”
             
         Menemani ibu ke bahagian barangan basah sangat seronok…mana taknya,semua benda dia nak
cuba,sampaikan nescaffe gold yang pihak boulevard sediakn pun nak try..apalah ibu ni,macamlah tak pernah minum pun..sekali-sekala begini ada bestnya,aku dan ibu punyai kekangan masa untuk di habiskan bersama. al-maklumlah,aku busy dengan urusan pejabat,ibu pulak dengan jadual mak datinnya tu…. Kalau mak-mak datin datang mesyuarat tingkap..lagilah busy ibu kat rumah..kadang-kadang aku yang melihat pun jadi busy jugak…. Ibu,buatlah apa yang ibu rasa ibu suka..asal ibu tak susah hati sudah ye…

            Ayah pun aku lihat Cuma tersenyum kalau ibu mengadu itu ini padanya.Keletah manja mereka sering kali mencuit hatiku..Abby juga begitu.Ya Allah,hadirkanlah aku insan yang penyayang seperti ayah menyayangi ibu..aamiin…

*******
           


Malam yang di tunggu pun tiba,entah mengapa,hati rasa berdebar. Laju . Terasa ada aura lain yang cuba menerpa ruangan hatiku.chewah…sempat lagi aku nak bermadah helah..banyaklah kau punya madah kan.. helah adalh..?? Mesti korang rasa nak sepak laju-laju jer..hehehhe
     
        Dari dapur,sempat lagi aku meninjau kedatangan keluarga aunty Maria,yang kembar itu pasti Miza dan Azim..dah besar pun dorang…. Lama tak jumpa,aku masih ingat wajah mereka. Kemudian di iringi aunty Maria dan uncle Murad serta seorang wanita berkulit kuning langsat,cantik.macam aunty Maria.tu pasti kak Shahrina.dia?? mana dia?? Pasti tak datang.itu lebih baik,takdelah aku gelabah nanti.kannn….Fikir die lagi ke ?? stop ok… chill…
       
               “Assalamualaikum semua,aunty,uncle”

“waalaikum salam Nurin,dah besar pun,lawa orangnya.kerja di wisma megat Naim & Co kan, tak gitu Megat??”  uncle Murad masih ramah seperti dulu.
       
             “a…ah uncle,uncle sihat?? aunty?? ni twin akak ni?? chat dak??”

“uncle sihat sayang,aunty pun..oh ya,ni Shahrina,anak sulung kami,yang belajar kat Oxford dulu tu..belum pernah jumpa kn?? sekarang dh jadi coo syarikat.”

       “apa khabar kak?? Saya Nurin Soffiya..”

“hai….Sharina…ni lah Soffiya yang selalu di sebut-sebut kan tu ye ma???”

                 Di sebut-sebut?? Entah apalah yang mereka bualkan tentang aku ni agaknya…jangan yang buruk-buruk sudahlah  ye cik kak…hehehe..tak mungkinlah kan..dorang mana tau sangat pasal aku.lantak lah nak cakap apapun kan…

           “pasal Nurin?? Kenapa pulak kak??”

“nohing bad dear, no worry please…..” senyuman simpul kak Shahrina makin menggusarkan hatiku.tak selesa rasanya bagiku.bila kita tau,yang kita menjadi topic perbualan orang lain..mesti feeling tu jadi weird..
         

“jemput makan jom,makanan dah tersedia tu,Soffiya,ambikkan ibu honey dew kat dapur sayang”  gema suara ibu dari ruang makan mematikan lamunanku.

            Melamun lagi…. Aku  melangkah ke ruang makan yang hanya dipisahkan oleh dinding separas dada dari ruang tamu itu.aku bergerak ke dapur untuk mengambil buah yang ibu minta tadi.

          “assalamualaikum semua…sorry-sorry Fir lambat…”

           rasa nak tersembur pun ada,nak tersungkur pun ya juga tatkala aku mendengar gemersik suara itu..
”dia??”

             Akhirnya…wajah yang sudah hampir 9 tahun tidak ku tatap,tampil di hadapanku.sudahkah aku bersedia?? Untuk apa?? Mencarik kembali luka lama yang tak seberapa tu??

             debar di hati makin terasa saat dia duduk dihadapanku..cool Nurin..cool…

“kenapa mesti duduk kat situ??” setakat protes dalam hati,apalah sangat kan??

        Kami meneruskan makan malam tanpa suara.Hanya kedengaran suara  ketawa ayah dah uncle Murad yang silih berganti.Ingin sekali wajah itu ku tatap,tapi kenapa,nak angkat kepala pun beratnya sangat terasa.dia juga sama agaknya ya…suara pun mahal semacam je….

              “apesal Soffiya diam macam patung je ni?? Kalau selalu,ibu pun tak tahu nak hentikan kamu bercakap macam mana..”

             “a…ah kak,kalau kat rumah sana tu,Firdaus bukan main lagi ligat mengusik kembar ni ha…boleh tanya kat Shahrina ni ha…. aleh-aleh,malam ni bisu pulak..ntah apa lah agakny yang dia fikir tu kan??”

              gelak ibu,aunty Maria dan kak Shahrina kedengaran sangat sinis pada pendengaran ku.kalau boleh masa ini ku hentikan,biar semua orang pegun.agar aku bisa bernafas dengan tenang…sabar wahai hati.

              ”wahai hati,janganlah begini..lets everything go with the flow please……”
       
           bermonolog sendiri lagi kerna hati tak seiring dengan tingkah. A yang di mau, B yang terluah…alahai…. Segan ni….

              Suasana semakin sepi,hanya sudu dan garpu yang berlaga sesama sendiri.masing-masing cuba menikmati asam pedas ikan keli yang ibu sediakan malam  ini,di tambah dengan sayur kobis campur masak sos tiram beserta kerang masak kicap dan buah tembikai susu sebagai pemanis mulut.yang manis terasa kelat bagiku,bilamana semua orang mendiamkan diri.tak biasa bila rumah sepi begini.



Saturday, 9 August 2014

teaser



hai2..sedikit teaser untuk Bab 13 ceritera cintaku.... hope ada yg teruja macam kite..heheheh..berangan..


       Seminggu selepas program family day disyarikat kami,aku di kejutkan dengan satu khabar yang tak pernah terlintas di benak ku.
“keluarga aunty maria akan datang malam esok,sayang ada masa tak??”umi cuba berbasa-basi.
        “buat apa umi??”
“ada  hal lah tu agaknya….soffiya ok tak??”
       “Why should’nt i?? datang nak jumpa umi dan abah kan??”
“hmmm…..jom kita pergi boulevard,umi nak cari barang sikit”
        “umi masak apa meh??”
“adalah sayang..esok soffiya kena tolong umi…”

ceritera cintaku 12


assalamualaikum... dh lama tak update ceritera cintaku.. so here it is..hopefully korang sudi nk baca okeh.... enjoy... n slamat bagi komen...

        



                Aktiviti kami teruskan selepas 2.30 petang dengan pertandingan menganyam ketupat bagi wanita dan mengupas kulit kelapa bagi lelaki..aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
     “cik Nurin tak nak join ker??” soalan Jamie ku biarkan berlalu.entah kenapa,tak terjawab soalan yang semudah itu…agaknya masih terngiang-ngiang perbualan ku dengan kak dayang tadi.
   “Nurin tau tak kat mana Rifdi sekarang???
     
               “ntahlah kak,sejak habis form 5,dia tak pernah pulak khabarkan apa-apa kat Nurin…”

“manalah tau kan…..dulu kan korang couple”
     
            “eh,takdelah kak,biasa-biasa je….lagipun family kita orang memang rapat”

“ye ker?? Tapi masa kat Perth,selalu jugak dia sebut nama Nurin….Nurin tulah..Nurin nilah…. Bosan tau…”
         
              “sebab tu korang putus ke kak?? Maaflah,Nurin tak tau”

“tak lah,dia tak bagi kata putus pun kat Akak masa tu…habis exam,terus hilang….”

                Hilang??? Kenapa pulak agaknya ye?? Hmm…untuk  apa aku fikir pasal dia pulak ni???

               Aktivi kami terhenti jam 5.30 petang.aku terus ke bilik untuk merehatkan diri.tanpa sedar aku tertidur sehingga jam 8.40 malam… tak dinner lah jawabnyakan… sampai hati abby tak kejutkan aku….. alamak..lapar lah pulak.tapi malas yang amat nak turun ke cafĂ©… lantas aku menuju ke mini kitchen chalet untuk mencari jika ada kudapan yang dapat mengalas perut hingga pagi esok….

***************



                Pagi ketiga bermula jam 10 pagi selepas sarapan.banyak nya aku makan?? Sampai abby pun hairan..biarlah…..
 
“jom kak,main bola…..”

      “tak mo lah Abby comel,tak larat nak lari….hehehh”

“sapa suruh makan banyak sangat,kebulur ek??”

“tau tak pe….”

                 Aku Cuma menjadi pemerhati pasukanku melawan pasukan Abby dalam permainan bola tampar pantai.tapi terpaksa pulak di stopkan,gara-gara hujan lebat tiba-tiba turun.nasib baik tak basah kuyup di buatnya….

“chess???” kak Dayang menegurku.

    "Boleh jugak,tapi nurin tak pandai sangat tau”

“eh,bukan ke dulu Nurin wakil sekolah???”

       “mana tau ni??? Tapi tu dulu kak..sekarang mana pernah sentuh lagi…”

“u know I know je lah camner I tau…”

                Tak mungkin dari dia.takkan lah sepanjang di sana Cuma aku yang jadi topic mereka?? Bila masa nak romantika camtu kan?? Kata couple…. Aku cuba untuk fokus pada papan chess di depanku,namun semua itu gagal buatku bila semua mata tertumpu pada kami.ada yang sibuk memberi cadangan sama ada 'castle' atau 'horse' yang perlu aku gerakkan.

      “sorry guys,Nurin takleh fokus ni..sapa nak sambung??? Johan?? Boleh lah saya tengok u boleh tak kalahkan wife u ni…”

 “wife I,kalau chess ni,memang makanan dia cik Nurin…buat susah saya je nak main…”

            Semua turut tergelak dengan lawak spontan johan itu.ummi jugak yang over tau..siap tepuk tampar abah lagi..hahha…umi..umi….

                Aku menyisir tepian pantai bersama renyainya titisan hujan yang turun.memikirkan apa perlunya rifdi dan kak dayang menjadikan aku topic cinta mereka.perlu ke babitkan aku?? Rasa nya tak kot…ucapan selamat tinggal beberapa tahun dulu telahku sematkan kemas,elok terletak di satu sudut hatiku.hujan lebat mematikan langkah yang telah jauh kususun.aku bergegas menuju ke chalet.bimbang pulak kalau aku berhujan.tak pasal-pasal malam ni aku berkurung di bilik.demam.rugi tau…