Ceritera Cintaku 13
Seminggu selepas program family day di jalankan,aku di kejutkan dengan satu khabar yang tak pernah terlintas di benak ku.
“Keluarga aunty Maria akan datang malam esok, sayang ada masa tak??” ibu cuba berbasa-basi.
“buat apa bu??”
“Ada hal lah tu agaknya,nak Tanya khabar mungkin..lama jugak ibu tak jumpa dorang. Soffiya ok tak??”
“Why should’nt i?? datang nak jumpa ibu dan ayah kan??”
“ hmmm…..jom kita pergi boulevard,umi nak cari barang sikit”
“ibu masak apa meh??”
“adalah sayang..kalau nak tau,esok Soffiya kena tolong ibu…”
Menemani ibu ke bahagian barangan basah sangat seronok…mana taknya,semua benda dia nak
cuba,sampaikan nescaffe gold yang pihak boulevard sediakn pun nak try..apalah ibu ni,macamlah tak pernah minum pun..sekali-sekala begini ada bestnya,aku dan ibu punyai kekangan masa untuk di habiskan bersama. al-maklumlah,aku busy dengan urusan pejabat,ibu pulak dengan jadual mak datinnya tu…. Kalau mak-mak datin datang mesyuarat tingkap..lagilah busy ibu kat rumah..kadang-kadang aku yang melihat pun jadi busy jugak…. Ibu,buatlah apa yang ibu rasa ibu suka..asal ibu tak susah hati sudah ye…
Ayah pun aku lihat Cuma tersenyum kalau ibu mengadu itu ini padanya.Keletah manja mereka sering kali mencuit hatiku..Abby juga begitu.Ya Allah,hadirkanlah aku insan yang penyayang seperti ayah menyayangi ibu..aamiin…
*******
Malam yang di tunggu pun tiba,entah mengapa,hati rasa berdebar. Laju . Terasa ada aura lain yang cuba menerpa ruangan hatiku.chewah…sempat lagi aku nak bermadah helah..banyaklah kau punya madah kan.. helah adalh..?? Mesti korang rasa nak sepak laju-laju jer..hehehhe
Dari dapur,sempat lagi aku meninjau kedatangan keluarga aunty Maria,yang kembar itu pasti Miza dan Azim..dah besar pun dorang…. Lama tak jumpa,aku masih ingat wajah mereka. Kemudian di iringi aunty Maria dan uncle Murad serta seorang wanita berkulit kuning langsat,cantik.macam aunty Maria.tu pasti kak Shahrina.dia?? mana dia?? Pasti tak datang.itu lebih baik,takdelah aku gelabah nanti.kannn….Fikir die lagi ke ?? stop ok… chill…
“Assalamualaikum semua,aunty,uncle”
“waalaikum salam Nurin,dah besar pun,lawa orangnya.kerja di wisma megat Naim & Co kan, tak gitu Megat??” uncle Murad masih ramah seperti dulu.
“a…ah uncle,uncle sihat?? aunty?? ni twin akak ni?? chat dak??”
“uncle sihat sayang,aunty pun..oh ya,ni Shahrina,anak sulung kami,yang belajar kat Oxford dulu tu..belum pernah jumpa kn?? sekarang dh jadi coo syarikat.”
“apa khabar kak?? Saya Nurin Soffiya..”
“hai….Sharina…ni lah Soffiya yang selalu di sebut-sebut kan tu ye ma???”
Di sebut-sebut?? Entah apalah yang mereka bualkan tentang aku ni agaknya…jangan yang buruk-buruk sudahlah ye cik kak…hehehe..tak mungkinlah kan..dorang mana tau sangat pasal aku.lantak lah nak cakap apapun kan…
“pasal Nurin?? Kenapa pulak kak??”
“nohing bad dear, no worry please…..” senyuman simpul kak Shahrina makin menggusarkan hatiku.tak selesa rasanya bagiku.bila kita tau,yang kita menjadi topic perbualan orang lain..mesti feeling tu jadi weird..
“jemput makan jom,makanan dah tersedia tu,Soffiya,ambikkan ibu honey dew kat dapur sayang” gema suara ibu dari ruang makan mematikan lamunanku.
Melamun lagi…. Aku melangkah ke ruang makan yang hanya dipisahkan oleh dinding separas dada dari ruang tamu itu.aku bergerak ke dapur untuk mengambil buah yang ibu minta tadi.
“assalamualaikum semua…sorry-sorry Fir lambat…”
rasa nak tersembur pun ada,nak tersungkur pun ya juga tatkala aku mendengar gemersik suara itu..
”dia??”
Akhirnya…wajah yang sudah hampir 9 tahun tidak ku tatap,tampil di hadapanku.sudahkah aku bersedia?? Untuk apa?? Mencarik kembali luka lama yang tak seberapa tu??
debar di hati makin terasa saat dia duduk dihadapanku..cool Nurin..cool…
“kenapa mesti duduk kat situ??” setakat protes dalam hati,apalah sangat kan??
Kami meneruskan makan malam tanpa suara.Hanya kedengaran suara ketawa ayah dah uncle Murad yang silih berganti.Ingin sekali wajah itu ku tatap,tapi kenapa,nak angkat kepala pun beratnya sangat terasa.dia juga sama agaknya ya…suara pun mahal semacam je….
“apesal Soffiya diam macam patung je ni?? Kalau selalu,ibu pun tak tahu nak hentikan kamu bercakap macam mana..”
“a…ah kak,kalau kat rumah sana tu,Firdaus bukan main lagi ligat mengusik kembar ni ha…boleh tanya kat Shahrina ni ha…. aleh-aleh,malam ni bisu pulak..ntah apa lah agakny yang dia fikir tu kan??”
gelak ibu,aunty Maria dan kak Shahrina kedengaran sangat sinis pada pendengaran ku.kalau boleh masa ini ku hentikan,biar semua orang pegun.agar aku bisa bernafas dengan tenang…sabar wahai hati.
”wahai hati,janganlah begini..lets everything go with the flow please……”
bermonolog sendiri lagi kerna hati tak seiring dengan tingkah. A yang di mau, B yang terluah…alahai…. Segan ni….
Suasana semakin sepi,hanya sudu dan garpu yang berlaga sesama sendiri.masing-masing cuba menikmati asam pedas ikan keli yang ibu sediakan malam ini,di tambah dengan sayur kobis campur masak sos tiram beserta kerang masak kicap dan buah tembikai susu sebagai pemanis mulut.yang manis terasa kelat bagiku,bilamana semua orang mendiamkan diri.tak biasa bila rumah sepi begini.
No comments:
Post a Comment