Sunday, 21 October 2012

bab 2...


Bab 2….

“eh Dian,Ko jadi tak temankan aku ke Bandar sabtu ni??nak carik novel terbarulah..lamanya tak beli kan??”aku memulakan bicara setelah kereta Pak ali mule bergerak meninggalkna sekolah.

                “sabtu?? Boleh jugak kot..rasanya tak de aktiviti kat rumah aku minggu ni.tapi lambat sikitlah k…biasalah pagi-pagi kena tolong mak aku kemas rumah tumpangan dia tu.”

“takpe-takpe…bila dah siap ko call,nanti aku jemput kat rumah..ok tak??”

                “boleh jugak tu….nak smapai dah ni,esok jangan datang lambat lagi tau…nanti katak puru cium ko plak…hahahha….apa kata ko naik bas sama aku,,nak tak??”

“kalau dia berani,try lah..nanti aku kasi penumbuk..hahahhaah…nantilah aku fikir pasal offer kau tu..tau ajelah ibu aku tu….hmmmm..”

                “aku balik dulu..thanks tumpangkan aku ek..pak Ali,terima kasih daun keladi ye….”

Dian keluar dari perut kereta menuju kerumahnya.kereta yang pa kali pandu meluncur laju menuju ke kediaman kami di sri mawar.setelah menghantarku,pa kali bergegas pulak kke pejabat ayah.kesian dia….di rumah,ibu sudah pun menunggu ketibaanku di muka pintu.

“cepat pegi salin baju putri…mandi dan solat ea..pastu turun bawah,ibu nak makan bersama ni”

                “ok puan besar….”

Usai semuanya…aku menuruni tangga ke ruang makan.umi dah pun menghidangkan tempoyak goreng,sayur kailan ikan masin dan ikan merah masak kukus.tunggu nak makan je lagi..mesti ibu daaah lapar.tengok je jam dah nak mencecah angka 3..nanti ibu makan kenyang-kenyang ok.

“how’s school hari ni putri??”

                “biasa aje bu…tapi kan..masuk tadi,ni kali ke 3 putri lewat sampai ke sekolah.denda lah jawapan terbaik sekali..ni ayah punya pasal lah.nak jugak pak ali hantarkan dia dulu..huhu”

“ayah ada meeting lah tu agaknya…sabar ye”

                “ibu..apa kata putri naik bas dengan Dian je..cepat pun cepat..takdelah pak ali tergesa-gesa lagi..tadi tu…ntah dah makan ke belum dia..kesian putri tengok.”

“nanti ibu bincangkan dengan ayah ok sayang..dah,makan cepat..”

                “thanks ibu….”

Selesai menghabiskan nasi dan mencuci pinggan mangkuk,aku naik ke bilik untuk menyiapkan tugasan sekolah yang ada.ada 3 semuanya…kena rajinkan diri..hahahha…kalau malas sapa plak nak buatkan untuk aku..ye tak??? Tu pun tak boleh fikir ke cik putri nurin sofiyya???

                “kringggggggg…………………..kringgggggggg….”telefon antik ibu mengejutkan ku,tertido rupanya aku…tak terasa jam dah pun menginjak ke angka 5.aku segera mengemas beg sekolah ku.siap jadual untuk esok sekali tau.raaaajin tak?? mula lagi lah perangai angkat bakul ni..aku menjenguk ke tingkat bawah.ibu sedang leka berbual dengan ayah ditalian.entah apa yang membuatkan ibu mengerutkan keningnya…alamak solat asar!!lantas aku ke bilik mandi dan seterusnya menunaikan kewajipan yang satu itu.Alhamdulillah…

                “putri!!cepat turun bantu ibu ni…”laungan ibu mematikan lamunanku.apalah agaknya yang ibu tengah buatku.jarang sungguh dia perlukan bantuan gadisnya ini.ini mesti ada kaitannya dengan perbualan bersama ayah tadi.

“ibu ni..macam tau-tau je putri lepas mandi.tak sempat lagi nak rapikan rambut tau”rajuk yang di buat-buat,.

                “alah..dah cantiklah anak ibu ni…meh tolong ibu kupaskan bawang merah ni ..halia tu sekali ye sayang.”

“wow..banyak ni ibu..nak kenduri ke??”

                “tak lah sayang..tadi ayah cakap kawan lama dia nak datang malam ni..tu yang ibu nak masak lebih sikit.dia bawak family sekali”

“o…habis tu,ayahnya mana bu?”

“On the way lah agaknya tu…jam kat Bandar tu..macamlah putri tak tau kan??cepat sikit kupas halia tu..nanti ibu nak blend kan sekali.”

                “yes madam!!”

Tepat jam 8.45 mlm,tetamu yang ayah tunggu sampai jugak ahernya.ayah aje ke yang menunggu..aku malas sebenarnya.lagipun esok sekolah.nanti lambat lagi.tapi mana boleh tidur dulu..kesian ibu sorang-sorang kat dapur.jadi,kena bantu dulu ye…ibu meminta aku menghidangkan makanan ke ruang menjamu selera.gugup pulak rasanya.tak pernah teman ayah bertandang ke rumah sebelum ni.ruang makan ni di pisahkan oleh tembok,membuatkan aku sukar untuk melihat siapakah gerangan tetamu ayah itu.ibu menjemput tetamu untuk menjamu selera.

“murad,Maria,meet my wife,dayang salini..and my one and only princess..putri nurin sofiyya…putri,ni uncle murad,auntie maria and theit twin azim dan miza. salam uncle and auntie sayang”ayah memperkenalkan kami.

                “apa khabar uncle,antie..berempat je ke?? “aku berbasa basi…

“a..ah saying..yang kakak sulong dekat perth sekarang,ambik phd in engineering.yang si abang pulak nak study katanya tadi.al maklumlah nak spm tahun ni kan”uncle murad bersuara.

“I see…sekolah mana??

                “sri bandara..”giliran auntie maria pula menjawab.

“eh..tu sekalh putri kan..mmesti kenal punyelah…”ibu mencelah.

“Iye ke?? Anak auntie tu Rifdi firdaus..nakal budaknya..”

                “iyer ke…sapa tak kenal dia auntie,uncle..ketua pengawas yang glamour tu..hihi..jemput ,makan semuanya”

 
Sebenarnya aku agak kaget bila mengetahui bahawa dunia ni tersangatlah kecil.hinggakan ayah dan keluarga katak puru boleh menjadi sebegitu erat..bertambah malanglah nasibku lepas ni agaknya

Wednesday, 10 October 2012

another ceritera cintaku


Pandai je si Dian ni nak goda aku…huhuhu..tapi perut ni boleh tahan jugak keroncongnya..pagi tadi sikit je aku jamah nasi goring yang ibu masak…10 minit lagi breaktime bell akan bordering…so,aku mengekor aje Dian ni ke kantin sekolah.harap-harap tak terserempak dengan keua pengganas yer…

“oopsss….sorry dik”satu suara yang sangat-sangat aku elak kedengaran.

“sorry…hei,awak ni jalan pandang depan ke belakang ha???

                “maaflah dik..tak sengaja,awak ni???.....”si dia tidak meneruskan bicaranya..

“alamak Dian..katak puru lah…”aku menyiku Dian yang tiba-tiba terdiam..tadi bukan main lagi becoknya.

“I beg your pardon?? Katak puru?? Oh..cik Nurin sofiyya rupanya…”

                “o..kalo saya tak jadi mintak maaflah yek??”

“no..its still I’m sorry,tapi awak berdua buat apa kat sini..kan 5 minit lagi baru bell bunyik…”soalan cepumas Nampak….

“Nurin ni ha abang Rifdi…lapar sangat..dia ni,kalau lapar mulalah gastrik dia menyerang..”Dian mencelah menyelamatkan keadaan di saat aku kehilangan kata…aku sempat menjegilkan anak mataku,bila mendengar alas an yang Dian berikan pada si katak puru….dian boleh selamba buta tak tahu dalah..tak menunjukkan rasa bersalah langsung…

“Ok,kalau macam tu saya bagi awak berdua que dulu..tapi tgu bell baru beli tau….”baik hati pulak mamata ni..siap bagi aku dan Dian berbaris dulu kat kantin..Depan Dian aje lah tu kot….kenapa perlu bersangka negative padanya pun aku tak tau….dah terbiasa agakny.

“thanks abang rifdi”Dian menyengih lagi disisiku.lantak mereka lah yang penting perutku dapat diisi lebih cepat…walaupun alasan Dian agak kurang munasabah.hmm..selesai membayar harga nasi lemak dan milo panas,kami bergerak ke meja yang berdekatan.mula menjamah hidangan masing-masing..jangan lupa baca doa ya…

“Nurin sofiyya..kau kata abang Rifdi tu garang…ok je aku tengok dia tadi…”Dian memulakan bicara…aku terdiam mendengar celotehnya..namun sedang merangka ayat di minda….

                “depan kau memanglah control macho…gentle..Tapi kan..kau ni pun satulah.yang ko cakap gastrik aku serang tu kenapa??nak tengok sangat ke sakit aku tu dating balik??”

“alah…janganlah marah Nurin..tu je yang sempat aku fikir..ko nak ke katak puru tu cekup kita?? Tak kan???

Kami tergelak tanpa peduli mata-mata yang memandang.menghabiskan sisa-sisa makanan yang berbaki di pinggan masing-masing.kami berlalu menuji ke ladies room untuk untuk menunaikan hajat..korang tau ke hajat pe???.semasa melintasdu hadapan barisan pengawas yang sedang menjamu selera,.sempat jugak aku menjeling kea rah Rifdi firdaus.alamak…dia senyumlah..cair…heppp…mana boleh cair…tak nak..tak nak…

“Nurin,ko perasan tak abang Rifdi senyum kat kita tu??”

                “mana?? Tak Nampak pun”aku pura-pura mencari….dupdapdupdap..jantung bedegup….

“ye ke tak Nampak..ke buat-buat tak Nampak??tu dh blushing..sapa nak tolong jawabkan??”

                “mana ada lah nenek oit….pandai-pandai je tau…jomlah jalan cepat..karang lambat pulak kita….aku mencubit lengan Dian manja…dia mengaduh kesakita..padan muka..suka nak kenakan aku….

Selesai memberus gigi dan membetulkan apa yang patut,sebenarnya melunaskan yang tersirat je …hihi… aku menarik tangan Dian agar berhenti dari membelek diriny dalam cermin

“dah sudahlah tu….5 minit lagi nih..karang tak pasal-pasal kena rembat dengan Puan mastura tu….”

Aku bergegas mendahului Dian.masih teringat lagi peristiwa di tayang dari kelas ke kelas akibat lambat masuk ke kelasnya oleh Puan matura…huhu..tak mau dah jadi begitu lagi..mana tak nya..seminggu aku menahan malu di ejek senior bila rotan meneerjah telapak tanganku.kalau tak kerana minat subjek sastera ni…tak tau lah aku….

                Aku dan Dian mempercepatkan langkah masing-masing agar Berjaya mendahului Puan Mastura.Ada jugak yang kena rotan lagi karang….aku senyum sendiri,membuat kan Dian kehairanan.

“fuhhh…………..nasib baik sempatcuba tengok tu….”Dian memuncungkan bibir munggilny kea rah Puan Mastura yang baru keluar dari bilik guru yang kebetulan berhadapan dengan blok Kasturi ini.Seperti kebiasaan ny..Puan Mastura pasti meninjau kelas jika ada mangsa dendanya kali ni…Nampak macam ok je kelas…nasib-nasib….boleh pulak semua kawan-kawan aku dah masuk kali ni.Biasanya Fairuz pasti tertinggal kat kantin…menghabiskan mee goring bekalan nya..subjek sastera hari ni berjalan dengan lancer,aku menumpukan sepenuh perhatianku pada novel seteguh karang yang Puan mastura terangkan..plot yang agak menarik rasanya untuk ku telah nanti.kadang-kadang terbit rasa dihati untuk menjadi seorang novelis,namun ilmu yang cetek membataskan ku..

“wah Nurin,bukan main lagi semangat kau hari ni ye??”Dian menegurku setelah Puan Mastura beredar dari kelas kami.

                “alah..biasa ajerlah Dian….dah memang minat aku kat situ…kenalah focus saying oi…”

“aku cemburulah tengok kau,banyak benda yang kau tau….bak kata paris Hilton up to date lah..”sempat lagi dia mengajuk model tv kegemarannya tu…

                “Dian..kalo nak up to date..kna rajin tau..jangan asyik tengok paris Hilton tu..tapi tak dapat apa-apa faedah..kan rugi…kalo nak cepat tau perkembangan terkini..ko google je lah ..semua ada di hujung jari anda” giliran aku pulak meniru gaya iklan tv yang seringa aku dengar.

“yelah-yelah cik puan..nanti kita google sama-sama ek….”

Hari ni subjek sejarah berakhir dengan tenang..so,balik ni tak serabut hendaknya ye…aku dan Dian menunggu Pak ali,driver ayah untuk menjemput kami..Dian yang biasanya menaiki bas,telah ku paksa rela mengikutku…mana pulak pak Ali ni ye..mesti ayah menjenguk site lagi,sebab tu pa kali lambat lagi.terasa nak pegi sekolah guna bas pun aku pernah fikirkan…ibu tak kasilah pulak..huhu…tapi sikap protektif ibu amat menyenangkan hatiku.terasa selamat lah.

Thursday, 4 October 2012

ceritera cintaku


Bab 1….

        “sungguh indah..hari yang cerah…”aku bernyanyi sendiri….riang…Pagi yang damai ini membuatkan aku begitu bersemangat untuk ke sekolah..Siapa aku?? Namaku putri Nurin Soffiya bt.Megat Saifudin…kenapa putri?? Wah macam skrip drama Putri kt tv lah plak kan???hehehe… Sekarang aku baru berumur 16 tahun..mentah lagi mama cakap..familyku bolehlah dikatakan agak senang jugak.Hari-hariku sentiasa dibaluti keindahan..al-maklumlah kan…anak tunggal..perempuan pulak tu…tapi ibu dan ayah tak pernah lupa untuk selalu mengingatkanku bahawa kesenangan ini tak kan pernah kekal hingga Allah tarik satu persatu kelak..

Cuma..satu suara ni aje yang membuatkan hari-hariku mendung….

                “good morning soffiya,tahniah..hari ni awaklah pelajar yang paling lewat..kali ke tiga is it??” sergahan Rifdi Firdaus sikatak puru bagai menampar-nampar kupingku.

“alah…baru 15 minit apa….”

                “Sorry sofiyya..don’t break the rule….lewat tetap lewat…walaupun 1 minit”

Aku memuncungku bibirku yang tak berapa nak munggil ni tatkala melintasinya….geram tol aku ngan mamat sorang nih..nak marah sakan pun susah gak,dah pangkatnya ketua pengganas kat sekolah..hmmm,…sapa berani nak cantas…kan?? Aku masuk ke kelas 4 Bestari dengan perasaan yang sebal..mamat tu akan kena jugak nanti…sekarang tercongak di kepalu untuk menjadi pengawas…hahahhaha….

                “hei Nurin,apesal muncung ko tu ha?? Semacam je aku tengok..”haa..korang,nilah bestfriend for ever aku..BFF orang kata…Dian Hamiza.Kami ni dah ibarat kembar kat sekolah,kat mana ada dian..soffiya pasti ada…kadang-kadang sampai kat luar sekolah pun camtu jugak.

“sapa yang boleh carik pasal ngan aku pagi-pagi nih,kalo bukan sikatak puru tu?? Gearm nya aku… mentang-mentang dia pegang tutle ketua pengawas…sukati mak bapak nenek tiri dia aje nak carik salah kita…”hmmm..mak bapak nenek…mana pulak aku dapat perkataan ni..ape-ape je lah….

                “ko lambat berapa minit pulak hari nih??”soal dian

“15 minit je lah….”

                ‘ajelah??? Ko biar betol..patutlah abang Rifdi tu marah..ko ingat abyah ko punyer sekolah ke?? Sukati je nak lambat berapa minit”

“ko ni pun Dian…kalo nak support katak puru tu pun..jangan babitkan nama ayah boleh tak???its out of topic ok….”aku pura-pura merajuk.

                “sorry..sorry..bukan nak melalut pun my dear,nak kutuk jauh sekali tau…kau ni ha…selalu sangat lewat…mana tak masuk kelas ngn moncong tuh…lain kali janganlah suka carik pasal ngan abang rifdi tu…”Nurin membebel lagi….

“abang??? Plaselah…sakit telinga ni dengar tau…mana boleh marah kau..ibarat marah diri sendirilah tu….hihihi”kami sama-sama tergelak..Perbualan kami tersekat tatkala Puan DJ a.k.a puan dayang jameela memasuki ruang kelas bagi mata pelajaran matematik..Everything going smoothly today…aku ni bab kira-kira memang bengap skeet..seket je tau..hihi…

                “class..madam Zania nak you all ke LAB 2 period lepas ni,so don’t be late okay..and see u tomorrow ok..Puan Dj mengakhiri kelasnya dengan pesanan guru Sains kami madam zania.

                Pelajar kelas 4 Bestari sudah mula beratur didepan pintu makmal 3,menunggu arahan madam Znia untuk masuk…Kelihatan pelajar tingkatan 5 masih lagi dengan uji kaji mereka.5 apa ntah,aku pun kurang periksa.

                “Alahai…lambat pulak madam Zania hari ni ye…tak sudah-sudah ke bebudak form 5 tu??? “ Omelan Faizul singgah dicuping telingaku.

“sabar-sabarlah Zul,dia orang kan nak exam tahun ni..kasi can lah beb”laungan amer dari barisan belakang kedengaran.

“syhhhhhhhh…..”serentak beberapa pelajar lain menoleh ke arahnya dengan amaran diam….apalagi..menggelabah lah dia..ada-ada ajelah mereka ni…aku senyum sendiri.Bila pelajaaar tingkatan 5 telah keluar,segelintir pelajar kelasku berasak-asak untuk masuk..Aku,Dian,Amer dan beberapa pelajar lain mengambil langkah untuk menunggu hingga ruang ini lengang..barulah nak masuk makmal…tak nak lah nak behimpit-himpit…hihihi..Sedang kami berbual kosong,Dian dilanggar seseorang.

“opocot…o mak ngko..katak puru..eh,kenapa ngko langgar aku,aku langgar kau ke..eh….”alamak Dian nih….kalo dah melatah semua isi perut boleh terkeluar…..mana plak ko dapat penyakit ni saying oi….

“katak puru??”aku mendongak mendengar milik suara itu….

                “alamak.Rifdi Firdaus lah Dian..jom-jom..cepat masuk..aku menari tangan Dian yang sedang mengutip buku nya yang tejatuh tadi.malunya…kalo dia tahu aku bagi baek punya gelaran kat dia..

“Rif,ko perasan tak,Nurin and Dian tu panggil nama kau apa??Aswadi memecahkan suaranya.

Aswadi,Rifdi,syamil dan fauzi adalah 4 sekawan dari  kelas 5 astroid,kelas sains yang popular kat sekolah ni..Dian kata dorang tu banyak admire…aku pun tak nak ambik tau lh..semak je kan….

                “tau….katak puru kan??tu mesti sofiyya punye kerja..minggu ni,dah kali ketiga aku cekup dia dating lambat..kena denda lah jawabnya..mau nya dia tak geram?? Tu pasal dia berani bagi aku title tu…”jawapan Rifdi memang tepat….hahaha

“o..patutlah tadi aku tengok dia berebut-rebut tarik tangan si Dian masuk LAB..kesian budak tu”syamil mencelah.

“biarlah….tak luak pun..”mereka berlalu menuju ke kelas.Bagi Rifdi Firdaus,Nurin sofiyya punya kelebihan tersendiri…comel!! Itulah yang selalu d benaknya,,

 **Dimakmal……………………..

“dian,ko rasalah kan,mamat tu tau tak gelaran best yang aku bagi kat dia??hmmm”

                “manalah aku tau,wait and see je lah lepas ni…”

“mesti lepas ni dia akan cari jalan nak kenakan aku…susahlah kalo camni selalu…”

                “ko jangan nak fikir yang bukan-bukan boleh tak?? Takkanlah abang rifdi tu jahat sangat kot???”Dian masih lagi cuba untuk membela si katak puru tu.aku Cuma menjadi pendengar yang tak berapa nak setia dengan omelan nya.

“Dian hamiza,Nurin sofiyya..cocerntrate on your experiment please….u’re disturbing your friends my lovely girls…”jeritan madam Zania mengejutkan ku…naik kecut jugak dibuatnya..tak padan dengan comel lote lah madam ni….

“sorry madam” serentak aku dan Dian bersuara.

       Kami meneruskan ujikaji dan aplikasi yang diarahkan madam Zania tanpa banyak songeh…songeh ke??? Tak jugak…selama 70 minit berada di makmal,kami beratur dan bersiap sedia untuk beredar dan meneruskan pembelajaran seharian.next is Ekonomi,salah satu m,ata pelajaran yang aku kurang mahir.so,mau tak mau terpaksalah aku menumpukan 110% perhatiankuterhadap subjek ini.Hmmm..terasa lapang dada,bila semua yang cik cristhina ajarkan melekat di mindaku..harap-harap dapatlah aku siapkan kerja yang diberi ni.Tinggal satu period lagi untuk break.mana pulak cik mirza ni.mata pelajaran seni visual ni aku suka..tapi tak pandai sangat lah…lambat pulak dia hari ni…tak nak masuk kelas pun ok jugak..hihi..jahatnya budak ni kan??? Takdelah..kadang-kadang benda merepek pun dia nak aku lukis..mana tahan beb…

“Haa…Nurin..senyum sorang-sorang ni apesal meh?? Ingat abang Rifdi lah tu….”Dian menyergah…

                “mak oi…ko ni..takde makna nya aku nak ingat katak puru tu tau…aku tunggu Cik mirza kita ni ha..tak sampai-sampai lagi.”

“e..eh..sejak bila kau minnaaat kat PSV ni e??se tau aku..ko menyonteng je time melukis….”

                “kau ni kan…suka beno carik peluang nak kenakan kau eh….”

“janganlah marah cik adik oi…bagus jugaklah cik mirza ni tak masuk kelas..boleh kita keluar break awal..lapar nih…”

                “aku ok jer…asal tak kena cekup dengan katak puru sudah….”

“no worrylah beb,ko kenyit mata sikit…sure punyelah mamat tu cair….jomlah…aku elanja hari ni..ko nak nasik lemak kan?? Favorite ko tu…”

Wednesday, 3 October 2012

hohoho....

assalamualaikum semorang...... 

      my first entry......for this new blog..hehehe.... msti ada yang tanya,knapa wat blog baru?? (erk...ade ke yg tanya??hahha...prasan lebeh..).. act,bkan ape..lupe lh plak blog lama nyer password...al-maklum je lh...dh jrg nk bloggingni semua..... lagipun...tak nk ingt jgak blog tu...ada nama si dia yg dh tak bleh blah...hahaha...bengong kan...
    

           nak cerita pasal apa blog ni ek??? pasal kehidupan?? cintan cintun??? ada hati nak letak karangan lama yg dh bekepuk tu..tapi ade ke org nk baca ek??? heheh...tulah pasal..dulu2 berangan lah plak nk jadi novelis...haha...ade ke bakat budak ni ya???.... nanti2 lh fikir balik nak letak tak tulisan angan2 tuh....


         yang pasti nye aduiii.... insyaAllah akn aktif lh blog ni kalau ada masa free...nak adjust sana sini dulu...add yang sepatutny.... nk follow balik sapa yg hilang tuh...hohoo....rasa macam kali pertama blogging lah plak kan.... memang dari dulu pun... tak pandai2 lg budak sorang nih...bertangan jer lebih..kan2....hahahah

          ok lah...sampai cni dulu yer.... nnti2 update..chow cin chow... muahhhh...hihkhik......