Thursday, 4 October 2012

ceritera cintaku


Bab 1….

        “sungguh indah..hari yang cerah…”aku bernyanyi sendiri….riang…Pagi yang damai ini membuatkan aku begitu bersemangat untuk ke sekolah..Siapa aku?? Namaku putri Nurin Soffiya bt.Megat Saifudin…kenapa putri?? Wah macam skrip drama Putri kt tv lah plak kan???hehehe… Sekarang aku baru berumur 16 tahun..mentah lagi mama cakap..familyku bolehlah dikatakan agak senang jugak.Hari-hariku sentiasa dibaluti keindahan..al-maklumlah kan…anak tunggal..perempuan pulak tu…tapi ibu dan ayah tak pernah lupa untuk selalu mengingatkanku bahawa kesenangan ini tak kan pernah kekal hingga Allah tarik satu persatu kelak..

Cuma..satu suara ni aje yang membuatkan hari-hariku mendung….

                “good morning soffiya,tahniah..hari ni awaklah pelajar yang paling lewat..kali ke tiga is it??” sergahan Rifdi Firdaus sikatak puru bagai menampar-nampar kupingku.

“alah…baru 15 minit apa….”

                “Sorry sofiyya..don’t break the rule….lewat tetap lewat…walaupun 1 minit”

Aku memuncungku bibirku yang tak berapa nak munggil ni tatkala melintasinya….geram tol aku ngan mamat sorang nih..nak marah sakan pun susah gak,dah pangkatnya ketua pengganas kat sekolah..hmmm,…sapa berani nak cantas…kan?? Aku masuk ke kelas 4 Bestari dengan perasaan yang sebal..mamat tu akan kena jugak nanti…sekarang tercongak di kepalu untuk menjadi pengawas…hahahhaha….

                “hei Nurin,apesal muncung ko tu ha?? Semacam je aku tengok..”haa..korang,nilah bestfriend for ever aku..BFF orang kata…Dian Hamiza.Kami ni dah ibarat kembar kat sekolah,kat mana ada dian..soffiya pasti ada…kadang-kadang sampai kat luar sekolah pun camtu jugak.

“sapa yang boleh carik pasal ngan aku pagi-pagi nih,kalo bukan sikatak puru tu?? Gearm nya aku… mentang-mentang dia pegang tutle ketua pengawas…sukati mak bapak nenek tiri dia aje nak carik salah kita…”hmmm..mak bapak nenek…mana pulak aku dapat perkataan ni..ape-ape je lah….

                “ko lambat berapa minit pulak hari nih??”soal dian

“15 minit je lah….”

                ‘ajelah??? Ko biar betol..patutlah abang Rifdi tu marah..ko ingat abyah ko punyer sekolah ke?? Sukati je nak lambat berapa minit”

“ko ni pun Dian…kalo nak support katak puru tu pun..jangan babitkan nama ayah boleh tak???its out of topic ok….”aku pura-pura merajuk.

                “sorry..sorry..bukan nak melalut pun my dear,nak kutuk jauh sekali tau…kau ni ha…selalu sangat lewat…mana tak masuk kelas ngn moncong tuh…lain kali janganlah suka carik pasal ngan abang rifdi tu…”Nurin membebel lagi….

“abang??? Plaselah…sakit telinga ni dengar tau…mana boleh marah kau..ibarat marah diri sendirilah tu….hihihi”kami sama-sama tergelak..Perbualan kami tersekat tatkala Puan DJ a.k.a puan dayang jameela memasuki ruang kelas bagi mata pelajaran matematik..Everything going smoothly today…aku ni bab kira-kira memang bengap skeet..seket je tau..hihi…

                “class..madam Zania nak you all ke LAB 2 period lepas ni,so don’t be late okay..and see u tomorrow ok..Puan Dj mengakhiri kelasnya dengan pesanan guru Sains kami madam zania.

                Pelajar kelas 4 Bestari sudah mula beratur didepan pintu makmal 3,menunggu arahan madam Znia untuk masuk…Kelihatan pelajar tingkatan 5 masih lagi dengan uji kaji mereka.5 apa ntah,aku pun kurang periksa.

                “Alahai…lambat pulak madam Zania hari ni ye…tak sudah-sudah ke bebudak form 5 tu??? “ Omelan Faizul singgah dicuping telingaku.

“sabar-sabarlah Zul,dia orang kan nak exam tahun ni..kasi can lah beb”laungan amer dari barisan belakang kedengaran.

“syhhhhhhhh…..”serentak beberapa pelajar lain menoleh ke arahnya dengan amaran diam….apalagi..menggelabah lah dia..ada-ada ajelah mereka ni…aku senyum sendiri.Bila pelajaaar tingkatan 5 telah keluar,segelintir pelajar kelasku berasak-asak untuk masuk..Aku,Dian,Amer dan beberapa pelajar lain mengambil langkah untuk menunggu hingga ruang ini lengang..barulah nak masuk makmal…tak nak lah nak behimpit-himpit…hihihi..Sedang kami berbual kosong,Dian dilanggar seseorang.

“opocot…o mak ngko..katak puru..eh,kenapa ngko langgar aku,aku langgar kau ke..eh….”alamak Dian nih….kalo dah melatah semua isi perut boleh terkeluar…..mana plak ko dapat penyakit ni saying oi….

“katak puru??”aku mendongak mendengar milik suara itu….

                “alamak.Rifdi Firdaus lah Dian..jom-jom..cepat masuk..aku menari tangan Dian yang sedang mengutip buku nya yang tejatuh tadi.malunya…kalo dia tahu aku bagi baek punya gelaran kat dia..

“Rif,ko perasan tak,Nurin and Dian tu panggil nama kau apa??Aswadi memecahkan suaranya.

Aswadi,Rifdi,syamil dan fauzi adalah 4 sekawan dari  kelas 5 astroid,kelas sains yang popular kat sekolah ni..Dian kata dorang tu banyak admire…aku pun tak nak ambik tau lh..semak je kan….

                “tau….katak puru kan??tu mesti sofiyya punye kerja..minggu ni,dah kali ketiga aku cekup dia dating lambat..kena denda lah jawabnya..mau nya dia tak geram?? Tu pasal dia berani bagi aku title tu…”jawapan Rifdi memang tepat….hahaha

“o..patutlah tadi aku tengok dia berebut-rebut tarik tangan si Dian masuk LAB..kesian budak tu”syamil mencelah.

“biarlah….tak luak pun..”mereka berlalu menuju ke kelas.Bagi Rifdi Firdaus,Nurin sofiyya punya kelebihan tersendiri…comel!! Itulah yang selalu d benaknya,,

 **Dimakmal……………………..

“dian,ko rasalah kan,mamat tu tau tak gelaran best yang aku bagi kat dia??hmmm”

                “manalah aku tau,wait and see je lah lepas ni…”

“mesti lepas ni dia akan cari jalan nak kenakan aku…susahlah kalo camni selalu…”

                “ko jangan nak fikir yang bukan-bukan boleh tak?? Takkanlah abang rifdi tu jahat sangat kot???”Dian masih lagi cuba untuk membela si katak puru tu.aku Cuma menjadi pendengar yang tak berapa nak setia dengan omelan nya.

“Dian hamiza,Nurin sofiyya..cocerntrate on your experiment please….u’re disturbing your friends my lovely girls…”jeritan madam Zania mengejutkan ku…naik kecut jugak dibuatnya..tak padan dengan comel lote lah madam ni….

“sorry madam” serentak aku dan Dian bersuara.

       Kami meneruskan ujikaji dan aplikasi yang diarahkan madam Zania tanpa banyak songeh…songeh ke??? Tak jugak…selama 70 minit berada di makmal,kami beratur dan bersiap sedia untuk beredar dan meneruskan pembelajaran seharian.next is Ekonomi,salah satu m,ata pelajaran yang aku kurang mahir.so,mau tak mau terpaksalah aku menumpukan 110% perhatiankuterhadap subjek ini.Hmmm..terasa lapang dada,bila semua yang cik cristhina ajarkan melekat di mindaku..harap-harap dapatlah aku siapkan kerja yang diberi ni.Tinggal satu period lagi untuk break.mana pulak cik mirza ni.mata pelajaran seni visual ni aku suka..tapi tak pandai sangat lah…lambat pulak dia hari ni…tak nak masuk kelas pun ok jugak..hihi..jahatnya budak ni kan??? Takdelah..kadang-kadang benda merepek pun dia nak aku lukis..mana tahan beb…

“Haa…Nurin..senyum sorang-sorang ni apesal meh?? Ingat abang Rifdi lah tu….”Dian menyergah…

                “mak oi…ko ni..takde makna nya aku nak ingat katak puru tu tau…aku tunggu Cik mirza kita ni ha..tak sampai-sampai lagi.”

“e..eh..sejak bila kau minnaaat kat PSV ni e??se tau aku..ko menyonteng je time melukis….”

                “kau ni kan…suka beno carik peluang nak kenakan kau eh….”

“janganlah marah cik adik oi…bagus jugaklah cik mirza ni tak masuk kelas..boleh kita keluar break awal..lapar nih…”

                “aku ok jer…asal tak kena cekup dengan katak puru sudah….”

“no worrylah beb,ko kenyit mata sikit…sure punyelah mamat tu cair….jomlah…aku elanja hari ni..ko nak nasik lemak kan?? Favorite ko tu…”

No comments:

Post a Comment