Ceritera cintaku…..
Putri nurin sofiya:: Seorang anak manja yang boleh dapat apa saja yang
dia nak,tetapi tu semua tak menjanjikan apa-apa padanya.kerna dia ingin
berusaha untuk semua kesenangan itu.menaruh hati pada Rifdi Firdaus sejak dari zaman
sekolah lagi,”cinta monyet?? Nak bawa sampai ke mana????
Firdaus a.k.a katak puru yang sengal… suka
menyakitkan hati,ingat muka hensem ker??? Tapi katak puru itu jugak yang dia
rindu…..
Mohd.Rifdi Firdaus: Hero merangkap katak puru di smk bandara.menjadi igauan anak
–anak se usia nya..nakal nya ya ampun,tapi jaga-jaga sikit hati korang tu..tak
pasal-pasal ‘hilang’…. “ada apa dengan cinta???” baginya,nurin sofiya sangat
comel saat kalutnya,sangat agresif kalau dah marah,tetapi itu juga yang selalu
menjadi keinginan matanya untuk menjadi tatapan.
Perkahwinan yang di atur oleh keluarga kerana inginkan tali persahabatan
itu berkekalan, serta janji yang mereka materai terlaksana.Akankah ianya
bahagia?? Walau pernah mereka berkasih,tapi itu dulu,zaman remaja yang cuma terasa manisnya semata-mata..Apakah ia jaminan kebahagiaan yang
dicari??? atau ia mainan rasa cuma?? hanya mereka yang tahu.
Kehadiran cinta lama juga meracuni detik hati yang ingin bersatu....munculnya cinta baru
yang hadir untuk menagih kasih yang tercipta...
.siapa yang bersalah?? papa dan abah yang suka berjanji,arau mama dan ibu yang inginkan cucu???
Fir & Fiya : andai jodoh itu milik
kita,biarlah “ceritera cintaku” ini mengalunkan irama tarinya… dan pastikan ianya selari gemerincing gerak jemarimu.usah
biarkan hati itu menjauh pergi,meninggalkan bayang yang mungkin tak mampu
digapai.