Friday, 1 March 2013

ceritera cintaku bersatu



Ceritera cintaku…..

Putri nurin sofiya::  Seorang anak manja yang boleh dapat apa saja yang dia nak,tetapi tu semua tak menjanjikan apa-apa padanya.kerna dia ingin berusaha untuk semua kesenangan itu.menaruh hati pada Rifdi Firdaus sejak dari zaman sekolah lagi,”cinta monyet?? Nak bawa sampai ke mana????  
Firdaus a.k.a katak puru yang sengal… suka menyakitkan hati,ingat muka hensem ker??? Tapi katak puru itu jugak yang dia rindu…..

Mohd.Rifdi Firdaus: Hero merangkap  katak puru di smk bandara.menjadi igauan anak –anak se usia nya..nakal nya ya ampun,tapi jaga-jaga sikit hati korang tu..tak pasal-pasal ‘hilang’…. “ada apa dengan cinta???” baginya,nurin sofiya sangat comel saat kalutnya,sangat agresif kalau dah marah,tetapi itu juga yang selalu menjadi keinginan matanya untuk menjadi tatapan.
         
               Perkahwinan yang di atur oleh keluarga kerana inginkan tali persahabatan itu berkekalan, serta janji yang mereka materai terlaksana.Akankah ianya bahagia?? Walau pernah mereka berkasih,tapi itu dulu,zaman remaja yang cuma terasa manisnya semata-mata..Apakah ia jaminan kebahagiaan yang dicari??? atau ia mainan rasa cuma?? hanya mereka yang tahu.

            Kehadiran cinta lama juga meracuni detik hati yang ingin bersatu....munculnya cinta baru yang hadir untuk menagih kasih yang tercipta...

.siapa yang bersalah?? papa dan abah yang suka berjanji,arau mama dan ibu yang inginkan cucu???

Fir & Fiya  : andai jodoh itu milik kita,biarlah “ceritera cintaku” ini mengalunkan irama tarinya… dan pastikan   ianya selari gemerincing gerak jemarimu.usah biarkan hati itu menjauh pergi,meninggalkan bayang yang mungkin tak mampu digapai.

No comments:

Post a Comment