Saturday, 9 August 2014

teaser



hai2..sedikit teaser untuk Bab 13 ceritera cintaku.... hope ada yg teruja macam kite..heheheh..berangan..


       Seminggu selepas program family day disyarikat kami,aku di kejutkan dengan satu khabar yang tak pernah terlintas di benak ku.
“keluarga aunty maria akan datang malam esok,sayang ada masa tak??”umi cuba berbasa-basi.
        “buat apa umi??”
“ada  hal lah tu agaknya….soffiya ok tak??”
       “Why should’nt i?? datang nak jumpa umi dan abah kan??”
“hmmm…..jom kita pergi boulevard,umi nak cari barang sikit”
        “umi masak apa meh??”
“adalah sayang..esok soffiya kena tolong umi…”

ceritera cintaku 12


assalamualaikum... dh lama tak update ceritera cintaku.. so here it is..hopefully korang sudi nk baca okeh.... enjoy... n slamat bagi komen...

        



                Aktiviti kami teruskan selepas 2.30 petang dengan pertandingan menganyam ketupat bagi wanita dan mengupas kulit kelapa bagi lelaki..aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
     “cik Nurin tak nak join ker??” soalan Jamie ku biarkan berlalu.entah kenapa,tak terjawab soalan yang semudah itu…agaknya masih terngiang-ngiang perbualan ku dengan kak dayang tadi.
   “Nurin tau tak kat mana Rifdi sekarang???
     
               “ntahlah kak,sejak habis form 5,dia tak pernah pulak khabarkan apa-apa kat Nurin…”

“manalah tau kan…..dulu kan korang couple”
     
            “eh,takdelah kak,biasa-biasa je….lagipun family kita orang memang rapat”

“ye ker?? Tapi masa kat Perth,selalu jugak dia sebut nama Nurin….Nurin tulah..Nurin nilah…. Bosan tau…”
         
              “sebab tu korang putus ke kak?? Maaflah,Nurin tak tau”

“tak lah,dia tak bagi kata putus pun kat Akak masa tu…habis exam,terus hilang….”

                Hilang??? Kenapa pulak agaknya ye?? Hmm…untuk  apa aku fikir pasal dia pulak ni???

               Aktivi kami terhenti jam 5.30 petang.aku terus ke bilik untuk merehatkan diri.tanpa sedar aku tertidur sehingga jam 8.40 malam… tak dinner lah jawabnyakan… sampai hati abby tak kejutkan aku….. alamak..lapar lah pulak.tapi malas yang amat nak turun ke café… lantas aku menuju ke mini kitchen chalet untuk mencari jika ada kudapan yang dapat mengalas perut hingga pagi esok….

***************



                Pagi ketiga bermula jam 10 pagi selepas sarapan.banyak nya aku makan?? Sampai abby pun hairan..biarlah…..
 
“jom kak,main bola…..”

      “tak mo lah Abby comel,tak larat nak lari….hehehh”

“sapa suruh makan banyak sangat,kebulur ek??”

“tau tak pe….”

                 Aku Cuma menjadi pemerhati pasukanku melawan pasukan Abby dalam permainan bola tampar pantai.tapi terpaksa pulak di stopkan,gara-gara hujan lebat tiba-tiba turun.nasib baik tak basah kuyup di buatnya….

“chess???” kak Dayang menegurku.

    "Boleh jugak,tapi nurin tak pandai sangat tau”

“eh,bukan ke dulu Nurin wakil sekolah???”

       “mana tau ni??? Tapi tu dulu kak..sekarang mana pernah sentuh lagi…”

“u know I know je lah camner I tau…”

                Tak mungkin dari dia.takkan lah sepanjang di sana Cuma aku yang jadi topic mereka?? Bila masa nak romantika camtu kan?? Kata couple…. Aku cuba untuk fokus pada papan chess di depanku,namun semua itu gagal buatku bila semua mata tertumpu pada kami.ada yang sibuk memberi cadangan sama ada 'castle' atau 'horse' yang perlu aku gerakkan.

      “sorry guys,Nurin takleh fokus ni..sapa nak sambung??? Johan?? Boleh lah saya tengok u boleh tak kalahkan wife u ni…”

 “wife I,kalau chess ni,memang makanan dia cik Nurin…buat susah saya je nak main…”

            Semua turut tergelak dengan lawak spontan johan itu.ummi jugak yang over tau..siap tepuk tampar abah lagi..hahha…umi..umi….

                Aku menyisir tepian pantai bersama renyainya titisan hujan yang turun.memikirkan apa perlunya rifdi dan kak dayang menjadikan aku topic cinta mereka.perlu ke babitkan aku?? Rasa nya tak kot…ucapan selamat tinggal beberapa tahun dulu telahku sematkan kemas,elok terletak di satu sudut hatiku.hujan lebat mematikan langkah yang telah jauh kususun.aku bergegas menuju ke chalet.bimbang pulak kalau aku berhujan.tak pasal-pasal malam ni aku berkurung di bilik.demam.rugi tau…

Wednesday, 11 June 2014

ceritera cintaku 11



Assalamualaikum.... korang..nih sedikit update dari bab 11...... hope korang ejoy it....
 




Bab 11……..

                Minggu depan,firma megat akan mengadakan majlis ulang tahun yang ke 45.hasrat hati abah nak mengadakan family day di santubong resort aku tunaikan.semua persiapan dah pun aku aturkan termasuklah booking chalet untuk semua staffku,ballroom untuk majlisnya nanti.cafe jugak dah aku selesaikan sekali dengan karaoke lounge nya.manalah taukan,ada antara staffku yang nak berkaraoke…
                 
***********

                 Aku ke sini semalam,untuk menguruskan apa yang perlu.kalau sampai lambat karang,susah pulak aku nanti.hari ni,aku agak sibuk uruskan pendaftaran yang di jalankan bersama jamal,milla dan Krishna se awal jam 2.30 petang.Mengagihkan kunci chalet juga aku yang buat.terlebih rajinlah pulak kan..hehheheh….memang rajin pun…. Sapa nak puji kalau bukan diri sendiri..ye tak???
                
                   Sedang aku sibuk melayan staff –staffku,Johan,pembantuku di bahagian kewangan menyapa.datangnya bersawa seorang wanita cantik.isteri........ itulah kata johan.Rupanya dunia kehidupan ku berputar pada  satu skala Cuma,bilamana wanita itu rupanya kak Dayang Norina,senior zaman remajaku di SMK  Bandara…..
                  
                   Seronok berborak dengan kak Dayang.masih peramah seperti dulu orangnya.walaupun kami tak de lah rapat mana pun.sedang asyik berbual,terkeluar pula crita yang kurang enak pada pendengaranku.Apa lagi kalau bukan tentang ‘dia’.kisah cinta mereka selama 2 tahun di Perth.Pujiannya yang terlalu tinggi pada kebaikan dia membuatkan aku terfikir,kerna itulah dia lupakan janjinya padaku,janji yang tak pernah aku rasakan akan terlerai….hmmm….. menurut kak Dayang, kononnya si dia tu sangat loving,baik membuatkan ramai yang tergila-gilakannya.termasuk anak-anak mat saleh di sana.
               
                    Satu berita yang pernah aku tunggu akhirnya kedengaran.si dia sudahpun balik ke Sarawak selepas menamatkan pelajarannya.tanpa pamitan.itulah kata-kata kak dayang yang rasanya bermain-main ditelingaku.haruskah aku usir rasa itu.perlukah aku buang firasat itu?? Semuanya jadi serba tak kena.aduhaiii hati,janganlah kau pamerkan  semua luka yang mulai kau rasa.
     
                   Aku cuba membuang semua resah yang mendikit memenuhi ruang minda.. hanya kerna satu nama..haruskan aku kembali sakit,kembali pedih...   " 

           " Jangan sofiya..dia tak layak untuk semua itu.Kau punya segalanya..tak perlu menanti pada yang tidak sudi.." Minda terus - terusan  bermonolog sendiri..

hati pula bercanggah arus...apa perlu aku lakukan... YA ALLAH.. aku tak mau rasa itu pergi..tapi apa daya ku...aku cuma hambamu yang kerdil...

**********





                     Hari pertama family day ini sangat meletihkan.usai pendaftaran,kami semua minum petang di cafe.setelah memastikan semua sudah berada disini,barulah aku boleh tersenyum.berlaga pandangan mata dengan kak Dayang membuatkan hati rasa sayu seketika.biarkanlah….

"jangan terlalu ikutkan perasaan" 
              
            ayat ini acap kali aku luahkan pada diri sendiri.mungkin inilah masa nya untuk melepaskan dia pergi.

              
                    Malam ini,masing-masing sibuk berbual bersama family dan rakan-rakan.maklum sajalah,inilah masanya nak beramah mesra.tanpa sebarang aktiviti yang telah firma jadualkan.segalanya hanya akan bermula seawal pagi esok.nampaknya terpaksa aku bangun awal..hahaha..kesian….
             
                     Seawal jam 7 pagi hingga 9 pagi,kami beraerobik bersama di depan parking lot resort.dengan music poco-poco dari seberang,kami seronok melakukan aktiviti ini bersama.bermacam ragam yang terakam pada lensa nikonku.dari anak seusia 7 tahun yang malu-malu mahu berpoco.hingga staff ku pak osen yang bekerja sebagai guard juga tak kering gusi melihat telatah teman-teman seperjuangan.
                      
                   Hari ini,aktiviti kami akan bermula jam 10,selepas minum pagi,rencananya untuk bersukan di tepi pantai.Bermacam pertandingan telah di aturkan.termasuklah acara tarik tali dan berlari di dalam guni…bayangkan nak berlari atas pasir-pasir tu…..semuanya telah di uruskan oleh Jamal and The Gang.Abah dan umi Cuma jadi pemerhati saja.malah abby juga menolak untuk bertanding dan lebih memilih untuk membaca di bawah pohon rendang.
          
                    Nampaknya pasukan ku berada di tangga kedua di balakang pasukan abah.ini semua gara-gara Rusdi yang tak mau bekerjasama dengan Sara semasa pertandingan lari ikat kaki tadi..tak nak gossip katanya..macam-macamlah dorang ni…huhuhu…..



                   


xoxo: Qaseh fadillah

Monday, 9 June 2014

ceritera cintaku 10



assalamualaikum..kali ni bab 10 pendek jer.. hope u guys suke... jgn lupe tinggalkan jejaj ok.... nak sgt tahu apa feedback korang... heheheh.... smbil baca tu.. bayangkn muka my luvly #tajulrazin... @ amar baharin..hehehhe...



Bab 10…..
                Kenangan hampir 8 tahun yang lalu itu datang lagi menjengah perasaan..ahhh.. apalah ertinya jengahan yang tak di undang itu.apakah ada petanda yang lain?? Aku juga kurang tahu. Hubungan yang kami impikan untuk berpanjangan terhenti tanpa sebarang kata putus ataupun janji,apatah lagi sebarang ikatan. Segala kemungkinan pasti berlaku. Aku dengan duniaku sendiri,dan pasti dia juga begitu. Tiada sebarang perkhabaran dari nya sepanjang tempoh itu. Entah sudah berumah tanggakah dia dengan gadis mat saleh di sana yang sudah tentu-tentunya menjadi idaman hatinya.
                Kali terakhir pertemuan berlaku di KIA 7 tahun yang lepas.janjinya untuk terus menghubungiku melalui email dan telefon hanya tinggal satu janji,tanpa satu pun Berjaya dia tunaikan..ahh mulut memang pandai bermain kata…lebih 2 tahun menunggu dengan penuh kehamparan membuatkan aku bertekad untuk meneruskan kuliahku di UITM kampus Bintulu sahaja setelah menghabiskan matrik selama setahun di sabah.
                Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari orang tuaku,aku Berjaya mendapatkan PHd dalam kewangan dan menempatkan diri sebagai pegawai kewangan di salah sebuah firma terkemuka di Kuching,milik teman abah.sengaja aku ingin mencari pengalaman sebelum bekerja di bawah naungan abah.Terima kasih juga buat abah yang selalu mengerti keinginan anaknya yang satu ini,walaupun seringkali dia ajukan pertanyaan yang sama saat  aku mengeluh tatkala kerja yang menimbun di pejabat.
                Pernah juga umi suarakan kerisauannya saat aku sering pulang lewat ke rumah.Itu membuatkan keresahan  umi bepusat padaku.alasan sibuk juga yang ku ajukan pada umi.hanya gelengan kepala sahaja dapat umi berikan membuatkan aku tersenyum.Namun semenjak kehadiran seorang gadis sunti di rumah kami,umi kadang-kadang kurang meleteri kelewatan ku sampai di rumah. Lega jugak rasanya…bukan tak suka umi berleter,kerna kutahu itu untuk kebaikanku,tapi membuatnya risau menjadikan aku sangat gusar.
         Aktif dengan persatuan membuatkan umi sering menjenguk rumah anak-anak yatim di sekitar bandaraya Kuching,saat itulah mata dan hatinya terpaut pada kelembutan seorang gadis sunti bernama Abby farzana.gadis yang kehilangan ahli keluarga semasa rumah mereka hangus di jilat api.Umurnya ketika itu baru menginjak 15 tahun,dan sekarang baru sahaja melepasi angka 21 tahun.
                Tingkah nya yang lembut sudah pasti amat kontra denganku yang agak lasak membuatkan hati umi lebih terpaut lagi..asalkan abah dan umi bahagia,aku juga pasti menerima abby dengan senang hati..selama belasan tahun menjadi anak tunggal,aku sudah terbiasa dengan sepi sebuah rumah.namun sejak adanya abby,seronok pulak rasanya ada teman bergaduh.berebutkan bilik mandi walaupun aku kadang-kadang tak perlu tergesa-gesa ke pejabat.
               


                Tahun pertama  di  Wisma NAIM,disinilah aku menghabiskan separuh dari hidupku.agaknyalah..heheheh…Rutinku seawal jam 7.00 pagi dari villa nurin,nak elak jam,kenalah awal…jam 8.00 pagi aku lah pak guard yang terpacak di depan office,menunggu office boy sampai untuk bukak office. Rasanya nya lepas ni aku kena mintak satu spare key.taknak lah asyik menunggu je….lain kali,kalau sampai awal boleh terus masuk..kannn….
       Kerjaku sebagai pengarah urusan perancangan selama 1 setengah tahun di wangsa jaya dulu Berjaya aku aplikasikan di sini,syarikat milik abah.menjawat jawatan sebagai pemangku pengarah urusan membuatkan aku perlu sentiasa peka.tanggungjawab yang abah titipkan padaku agar menerajui bahagian kewangan juga amat mencabar mental dan emosiku….
          Kalau ikutkan level pendidikan,aku hanya layak sebagai pegawai kewangan abah agaknya,tapi kerana kesihatan abah yang akhir-akhir ini agak merungsingkan,ku turutkan jua hasratnya inginkan ku untuk menjadi pembantunya di pejabat.agar senang aku kelak.itulah yang abah sering suarakan… abah-abah…..
        Setelah 6 bulan di sini,telah ku maklumi klien-klien penting syarikat abah.segala kerenah mereka juga dah aku fahami.tak kurang jugak,ada yang dah jadi datuk orang pun sibuk nak mengorat aku..lucukan?? tak luak pun kalau nak melayan ragam mereka tu.
     dunia perniagaan..penuh dengan liku-liku kehidupan... jatuh bangun..hanya kita yang mampu mencorakkannya....