Monday, 9 June 2014

ceritera cintaku 10



assalamualaikum..kali ni bab 10 pendek jer.. hope u guys suke... jgn lupe tinggalkan jejaj ok.... nak sgt tahu apa feedback korang... heheheh.... smbil baca tu.. bayangkn muka my luvly #tajulrazin... @ amar baharin..hehehhe...



Bab 10…..
                Kenangan hampir 8 tahun yang lalu itu datang lagi menjengah perasaan..ahhh.. apalah ertinya jengahan yang tak di undang itu.apakah ada petanda yang lain?? Aku juga kurang tahu. Hubungan yang kami impikan untuk berpanjangan terhenti tanpa sebarang kata putus ataupun janji,apatah lagi sebarang ikatan. Segala kemungkinan pasti berlaku. Aku dengan duniaku sendiri,dan pasti dia juga begitu. Tiada sebarang perkhabaran dari nya sepanjang tempoh itu. Entah sudah berumah tanggakah dia dengan gadis mat saleh di sana yang sudah tentu-tentunya menjadi idaman hatinya.
                Kali terakhir pertemuan berlaku di KIA 7 tahun yang lepas.janjinya untuk terus menghubungiku melalui email dan telefon hanya tinggal satu janji,tanpa satu pun Berjaya dia tunaikan..ahh mulut memang pandai bermain kata…lebih 2 tahun menunggu dengan penuh kehamparan membuatkan aku bertekad untuk meneruskan kuliahku di UITM kampus Bintulu sahaja setelah menghabiskan matrik selama setahun di sabah.
                Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari orang tuaku,aku Berjaya mendapatkan PHd dalam kewangan dan menempatkan diri sebagai pegawai kewangan di salah sebuah firma terkemuka di Kuching,milik teman abah.sengaja aku ingin mencari pengalaman sebelum bekerja di bawah naungan abah.Terima kasih juga buat abah yang selalu mengerti keinginan anaknya yang satu ini,walaupun seringkali dia ajukan pertanyaan yang sama saat  aku mengeluh tatkala kerja yang menimbun di pejabat.
                Pernah juga umi suarakan kerisauannya saat aku sering pulang lewat ke rumah.Itu membuatkan keresahan  umi bepusat padaku.alasan sibuk juga yang ku ajukan pada umi.hanya gelengan kepala sahaja dapat umi berikan membuatkan aku tersenyum.Namun semenjak kehadiran seorang gadis sunti di rumah kami,umi kadang-kadang kurang meleteri kelewatan ku sampai di rumah. Lega jugak rasanya…bukan tak suka umi berleter,kerna kutahu itu untuk kebaikanku,tapi membuatnya risau menjadikan aku sangat gusar.
         Aktif dengan persatuan membuatkan umi sering menjenguk rumah anak-anak yatim di sekitar bandaraya Kuching,saat itulah mata dan hatinya terpaut pada kelembutan seorang gadis sunti bernama Abby farzana.gadis yang kehilangan ahli keluarga semasa rumah mereka hangus di jilat api.Umurnya ketika itu baru menginjak 15 tahun,dan sekarang baru sahaja melepasi angka 21 tahun.
                Tingkah nya yang lembut sudah pasti amat kontra denganku yang agak lasak membuatkan hati umi lebih terpaut lagi..asalkan abah dan umi bahagia,aku juga pasti menerima abby dengan senang hati..selama belasan tahun menjadi anak tunggal,aku sudah terbiasa dengan sepi sebuah rumah.namun sejak adanya abby,seronok pulak rasanya ada teman bergaduh.berebutkan bilik mandi walaupun aku kadang-kadang tak perlu tergesa-gesa ke pejabat.
               


                Tahun pertama  di  Wisma NAIM,disinilah aku menghabiskan separuh dari hidupku.agaknyalah..heheheh…Rutinku seawal jam 7.00 pagi dari villa nurin,nak elak jam,kenalah awal…jam 8.00 pagi aku lah pak guard yang terpacak di depan office,menunggu office boy sampai untuk bukak office. Rasanya nya lepas ni aku kena mintak satu spare key.taknak lah asyik menunggu je….lain kali,kalau sampai awal boleh terus masuk..kannn….
       Kerjaku sebagai pengarah urusan perancangan selama 1 setengah tahun di wangsa jaya dulu Berjaya aku aplikasikan di sini,syarikat milik abah.menjawat jawatan sebagai pemangku pengarah urusan membuatkan aku perlu sentiasa peka.tanggungjawab yang abah titipkan padaku agar menerajui bahagian kewangan juga amat mencabar mental dan emosiku….
          Kalau ikutkan level pendidikan,aku hanya layak sebagai pegawai kewangan abah agaknya,tapi kerana kesihatan abah yang akhir-akhir ini agak merungsingkan,ku turutkan jua hasratnya inginkan ku untuk menjadi pembantunya di pejabat.agar senang aku kelak.itulah yang abah sering suarakan… abah-abah…..
        Setelah 6 bulan di sini,telah ku maklumi klien-klien penting syarikat abah.segala kerenah mereka juga dah aku fahami.tak kurang jugak,ada yang dah jadi datuk orang pun sibuk nak mengorat aku..lucukan?? tak luak pun kalau nak melayan ragam mereka tu.
     dunia perniagaan..penuh dengan liku-liku kehidupan... jatuh bangun..hanya kita yang mampu mencorakkannya....









No comments:

Post a Comment