Saturday, 8 February 2014

ceritera cintaku 4




               Hari ni aku dan Dian ke Bandar se awal jam 10 pagi..seperti arahan abah semalam,kami dihantar oleh Pak Abu.kadang-kadang kesian jugak tengok orang tua tu terkejar ke sana ke mari menghantar majikannya,tapi tak pernah pula aku dengar dia merungut.kerja yang dilakukan sentiasa diiringi senyuman tuanya.aku mengagumi jerit perih yang terpaksa dilalui oleh lelaki seusia itu.Isteriny telah meninggal Dunia 3 tahun yang lalu akibat kanser dalam perut.Terpaksa dia mendidik anak perempuannya seorang diri.dah masuk university pun anaknya itu..kak Sarah,baik orangnya.senyum simpul gadis bertudung itu sering mencuit hatiku.Abah sangat menghormati Pak abu,dah di anggap macam abang sendiri katanya.sebab tu abah tak lokek bagi pak Abu tinggal kat rumah di belakang villa kami tu….
                “Dian,kat Bookstore depan sana jom”aku menunding jemariku ke arah satu deretan bangunan kedai buku.MPH damai..cantik nama nya…aku suka ke situ,pilihan buku yang banyak serta dekorasi yang sejuk mata memandang,susu atur pu menarik…mudah untuk memilih buku yang kita mau..
“baik Cik puan…..saya ni mengekor aje…hihihi”
                “iyerlah tu kan…..hari ni aku belanja satu buku untuk kau…jangan yang mahal-mahal tau….”
“eh..kata nak belanja tapi bersyarat pulak..terima kasih aje lah…..”
                “Dah kira ok lah tu kan….jom-jom….’
           Memasuki kedai Buku ini membuatkan aku extra exited… terasa bagai tarikan magnet untuk aku mempercepatkan langkahku….aku dan Dian menuju ke ruangan yang berbeza.Dian pantas meninggalkan aku untuk menjengah buku masakan yang baru..minatnya untuk mencuba masakan memang diketahui umum.selalu jugak dia bawa  masakan nya ke sekolah,untuk aku complaint yang bukan-bukan…jahatnya aku kan???.Aku macam biasalah,novel cinta aje lah yang aku dambakan..rak buku sudah hampir penuh di rumah.mana dengan novel asisya sofea,hanna damya,lily surihani…novelis-novelis yang sangat-sangat aku kagumi.nak jadi macam mereka pun ada.berangan je lebih ni.hahaha.. mana tau rezeki kan.
                   Setakat ni,novel yang sering berulang kali ku baca semestiny ‘adam dan hawa’,’kau kekasihku’ombak rindu’ dan ‘pergilah sepi’.bahasa yang digunakan dalam novel-novel ini sangatlah puitis.malahan aku pernah berangan untuk menjadi seperti aisya sofea dengan ‘jauhnya’,malah Damya hanna dengan ‘kisah kasihnya’.Tapi,sekarang ni dipasaran penuh dengan karya-karya terbitan kaki novel dan karya seni… terbaru yang ku baca,M.A.I.D,isteri separuh masa,sebenarnya aku isteri dia,mlah kami dah kawinlah pun dh ku terokai…. Semua novel ni begitu mencuit hatiku…..

                “hah!!! Angankan apa tu nurin??abang rifdi ek??”sergahan Dian memecahkan awan anganku.
“tolong sikit ye cik Dian Hamiza…takde makna nya saya nak angankan ‘abang’ awak tu ye….buat habeh kan boreh je….”senyuman dian mencuit ingatan ku pada’nya’.
                “dah jumpa apa yang dicari ke??”
“novel yang aku dok tercarik-carik selama ni belum jumpa lagi..tapi  yang latest dah aku rembat….’tanpamu aku rindu by aleya aneesa’ and ‘biarkan aku merindu by lily suriani”
“terlerai kasih dan kahwin ganti”
                “banyaknye…...hmm..nanti aku pinjam satu ek..heheheh”Dian cuba mengusikku… setelah selesai membayar harga dua novelku dan satu buku masakan ilham dari Sheila rusly untuk Dian,kami berjalan menuju ke deretan kedai-kedai makan di sekitar.nak kata lapar sangat tu taklah,haus nya yang mencengkam tekak membuatkan aku gelisah.berlegar-legar mencari restoran yang kukira sesuai..kakiku melangkah ke satu nama yang unik…dapur m & m..
           Rojak buah dan carrot juice yang ku pesan agak lambat sampai.Aku memandang Dian sudah meghabiskan separuh dari nasi ayamnya.lapar sangat agaknya…sedang asyik memerhatikan Dian melahap,aku di tegur seseorang.
                “hye…Putri Nurin sofiyya kan?? anak saifudin?? ingat auntie tak?? Soalan bertalu-talu dari wanita itu membuatkan dian berhenti dari suapannya.merenungku tajam.
“o…auntie Maria….uncle Murad…apa khabar…buat apa kat sini??”
                “abahnya tak bagi tahu ke yang kami bukak restoran ni..baru 5 bulan beroperasi… auntie yang Uruskan…bosan lah kat rumah tak buat apa..”wanita itu menjawab.
“iyer?? Nurin ingatkan uncle buat bisnes macam abah….”
                ‘memanglah uncle buat hospitality service and construction..tapi ni kira side income lah…family business…”uncle Murad pula yang memberi penerangan padaku.
“twins mana??oh ya..lupa pulak nak kenalkan. Ni Dian hamiza..kawan satu sekolah Nurin.. … Dian,ni uncle Murad dan auntie Maria..orang tuanya Rifdi firdaus….”
                ‘apa khabar uncle,auntie.tak sangka pulak jumpa parents abang rifdi kat sini.’
           Alhamdulillah…makan free hari ni.semoga dimurahkan rezeki uncle dan auntie tu hendaknya.amin……Aku lihat dian asyik tersengih sepanjang perjalanan balik kami ini…dapat ku tebak,apa yang ada difikirannya……pasti dia sudah merangka ayat  baekk punya untuk mengusikku.Dian…dian…tak habis-habis nak mengusikku..
“wah Nurin….rupanya kau dah kenal parents dia ya???”aku faham benar ‘dia” yang Dian maksudkan itu..sengaja aku buat-buat tak dengar..buat-buat tak tahu….
                “nurin…kau dengar tak ni???”
“dengar …..siapa ‘dia tu???”
                “eleh..buat-buat tak tau pulak…..bakal mak mertua lah…sapa lagi??
“mak mertua kau ek?? Aku cuba berdolak dalih.
                “jangan nak putar belit fakta ok…..bakal mak mertua engkaulah…”
“parents Rifdi Firdaus ke?? Mana adalah…kau ni pandai-pandai aje tau….sejak bila pulak aku bercinta dengan katak puru tu??tak ingin aku lah….”panjang lebar jawapan yang kuberikan pada Dian…padan muka dia…kacau lagi aku kan.aku tersenyum melihat wajah kelat dian… sayangnya aku pada sahabat yang satu ini..dari tingkatan satu lagi kami sudah berteman,lantaran dek terlanggar semasa majlis orientasi dulu.clumsy orangnya,mengalahkan mak nenek jugak kalau berleter..tapi dia seorang yang sangat merendah diri.tak riak walaupun dari kalangan orang berada,membuatkan kami selesa berbual dan berkongsia apa jua cerita.

No comments:

Post a Comment