Tuesday, 25 March 2014

ceritera cintaku 6

assalamualaikum..here another chapter of ceritera cintaku.. hope u'll like it....
xoxo....




Bab 6……

Hari-hariku kini berputar seperti biasa.menaiki bas membuatkan rutinku semakin mudah.tak lewat macam selalu..tapi kadang-kadang nyaris tertinggal bas.kalau asyik sangat depan cermin,itulah padahnya.kalau umi tak menjerit dari tingkat bawah…memang tak sah.Dengan rifdi firdaus pun dah jarang ada masalah.sekarang aku dah boleh sebut namanya,membuatkan kawan-kawan ligat mengusik dengan pelbagai persoalan.jawapan yang ku berikan Cuma satu senyuman kerana aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk itu semua.
                Abah sekarang makin maju dengan bisnes perumahan nya..banyak jugak aku dengar dari umi pasal projek mega yang ayah dapat.berkat usaha kata nya…Umi pulak,sejak sibuk berpesatuan ni…asyik meeting aje..tapi aku faham tahap kebosanan umi di rumah sendirian.asalkan kasih sayang mereka untuku tak kurang itu sudah memadai bagiku..
                “good morning abang amer..kak DEwi…”riang pagiku menegur 2 dari 3 pengawas yang menjaga pagar sekolah hari nih…
“Takkan Amer dengan DEwi aje kot??? Saya ni awak tak Nampak ke???”terdengar Suara serak itu menyapa…
                “hye jugak kat awak…tadi sibuk kan ..malas lah nak kacau..”
“a…ah..buat-buat sibuk je tu tadi…..”merajuk kah dia??hmmm..buat apa aku nak fikirkan dia ye???
                “oklah abang…..abang….and kak Dewi…Nurin masuk dulu ye….tak pasal-pasal kena catit nama ni nanti ye…”sengaja aku menyindir’nya’….
                Aku berlalu pantas menuju ke kelasku..pagi ni,kami akan ke library bagi mata pelajaran sejarah.Awal-awal lagi cikgu Mansur dah arahkan sebelum kelasnya berakhir semalam.sebelum loceng menjerit,kami sudah pun memacakkan diri di depan pintu perpustakaan..Hampir kesemua pelajar kelasku sudah berada disini menunggu arahan untuk masuk.Semasa sedang beasak-asak memasuki library..kelihatan pelajar senior mula membuntuti langkah kami..Agak kasar tingkah mereka menjengkelkan kami.tau lah senior..janganlah tunjuk perangai macam budak form 1..lagi pula library ni saaaangat besar,boleh muat  3 buah kelas agaknya..nak risau takde tempat duduk memang tak lah…….
                “Dian.agak-agak pelajar kelas mana tu ek???”aku bertanya pada sahabatku itu..kerana bagai tiada yang ku kenal pulak.mata ni dah patut tambah degree lagi kot…
“Tu…ada abang firdaus…5 ibnu Sina lah tu….beznya bergabung dengan dorang….”
                “apa yang best nya dian oi,….bingit adalah..tengok tadi tu..masuk pun dah kelam kabut dibuatnya…”aku mencemuh gaya seniorku itu.
                15 minit berlalu dengan agak damai.aku mencari rujukan yang telah cikgu  Mansur sarankan tadi.bukan tak bagi cari rujukan kat luar,Cuma nak pelajar focus  aje..katanya lah…al-maklumlah pelajar sekarang ni,kalau di kasi kerja sekolah..asyik bertangguh aje..padanlah cikgu Mansur jarang bagi homework sejarah.
                “hye sofiyya…carik buku apa tu???”satu suara yang mencuit pendengaranku.
“oh….abang Rifdi….tengah carik buku lukisan ni ha…tak kan lah nak carik buku sains pulak kan???sekadar aku berbasa-basi.biar dia tahu aku tidak selesa.
                “aik??? Marah ke??saya gurau je lah wak..tau lah sekarang ni time sejarah..saje datang menegur….Dian mana??”
                “entah….mana pulak dia menghilang tadi…tengah cari bahan rujukan kot…”
“saya join awak duduk kat sini ye??sana bising sangatlah..dengar orang bergosip”Dia mengiringi langkah ku ke satu sudut yang agak tersorok.
                “Library ni public..so duduk je lah kat mana awak nak….”
“macam tak ikhlas je…”
                “bukan tak ikhlas..Cuma saya tak nak lah dengar sok-sek orang mengata..,macam awak cakap tadi…g.o.s.i.p….karang tak pasal-pasal ada pertubuhan ‘ANTI PUTRI NURIN SOFIYYA’ sapa yang susah??”aku berusaha menghalau nya dengan cara yang paling sopan…I guess…….tapi macam tak makan saman je ni.
                “kenapa pulak macam tu??”
“manalah tau..ada yang kata saya nak usha awak pulak nanti….”
                “jangan risaulah…tak punye….”
“terpulanglah pada awak…tapi janji jangan kacau saya buat kerja ok…”
                “promise”lagaknya seperti pesalah yang mengangkat sumpah pulak…
                Masing-masing mendiamkan diri.memang patut pun kan?? Dah nama nya dalam library.Cuma aku terperasan beberapa pasang mata bagai ingin memamah ku hidup-hidup…tak sanggup aku untuk melihat pemilik mata itu.. apalah agaknya yang bermain di fikiran mereka ya..jangan fikir yang bukan-bukan sudah.
                ”amboi….Nurin dan abang Firdaus ni…kata takde apa-apa…ni duduk berdua-duan ni kenapa??Agak keras bisikan Dian memanah kupingku.
“mana ada apa lah Dian…kami ni berborak pun tak..camner tu??”Rifdi Firdaus bersuara.
                “iyelah tu takde apa-apa…tengok riak abang Firdaus pun dah tau…nak ngorat Nurin ek??”ligat pulak Dian ni menyakat.
“Dian Hamiza!!!!”paduan Suara kami mengundang rasa tidak senang pelajar lain…Malu nya aku…mana nak sorok muka ni???hmm…..jagalah ko Dian……
               
                aku Cuma melihat segaris senyuman di bibir nipis itu.suka atau tidak dia mendengar gurauan dian itu….aku sendiri kurang pasti..cepatlah wahai masa…berlalu lah..agar rasa panas di wajah ku ini segera lenyap bersamamu….Mata yang sedari tadi galak memandang,kini mula menjeling.bukan aku takut akan jelingan itu..Cuma segan untuk menambah musuh,yang ku kira sangat tidak masuk akal jika puncanya Rifdi Firdaus…ambil lah dia jika itu mampu menhilangkan rasa amarah kalian.

Sunday, 23 March 2014

ceritera cintaku 5

assalamualaikum..dah lama sangat tak publish next chapter kan..so here it is....
do komen ya...spy sy boleh improve my writing.....xoxo



                 
                     Satu lagi hari yang indah untuk ku lalui…sekarang ni aku berusaha keras untuk sampai awal ke sekolah…mula-mula tu susah jugak..sekarang ni dah ok sikit sebab abah kasi can naik bas sekolah..thanks abah…..Dian lh yang paling seronok,ada teman berbual katanyaa.habis selama ni dok jadi kera sumbang ke dalam bas ni ek??hihihi..dian..dian….

                “ermmmm…what are surprise today???awal pulak tuan putri kita ni sampai ek??”abang Amir a.k.a penolong ketua pengawas bersuara.
“ni yang malas ni…sampai cepat salah..lewat lagilah tak boleh….susahlah nurin macam ni….”pura-pura nada rajuk ku utarakan,meski aku tau abang amir Cuma bercanda..
                “bukan tak boleh…saje nak usik nurin ni ha…awal pulak hari ni??? Abah cuti ke??”
“taklah..nurin naik bas dah sekarang ni….tu pasal hari ni awal sket…amacam??boleh jadi pengawas tak??”
                “baru sehari awal..nk jadi pengawas?? Pengganas tu ok kot…hihihi..”
“sampai hati……”aku mencerutkan dahi…
                “jangan nak merajuk eh….cepat masuk..karang abang tutup pagar kang….tak lama lagi assembly tu….”
“ok bos….”
Sudah separuh hari pembelajaran hari ni berlalu..tinggal 1 jam lagi untuk balik.cepatnya masa begerak kan??? Kita terlambat pasti ketinggalan…hari ni aku duty library..lupak pulak sapa partner hari ni…junior agaknya….balik lambatlah hari ni….terpaksa jugak susahkan pak abu untuk menjemputku nanti.maaf ye pak abu saying…hihi…
                Di perpustakaan sudah ramai yang berkunjung….selepas membukanya tadi,aku tinggalkan seketika untuk ke kantin.harap-harap takde yang malas nak isi buku register tu ye…..kelihatan ramai junior  ku dari kalangan pelajar tingkatan 3..al-maklumlah banyak kerja kursus yang perlu mereka bereskan sebelum deadline nya.tapi ada pulak yang peliknya,pelajar lelaki boleh pulak santai-santai membaca majalah sekolah.ada kepentingan yang berkaitan ke?? Lantak  dia oranglah yang penting bahagia..kan???
                “hye Nurin!!! Tadi ko carik aku ek???”sergahan Dian mengejutkan ku.
“kurrr…..semangat….ko ni kan…nak sangat aku kena heart attack kn??aku mengurut dada…
                “ampunnn…..aku tengok kau asyik sangat tengok budak-budak tu…ada yang berkenan nak dijadikan adik angkat ke???”
“ishh..tak nak aku….ko ingat senang ke nak jaga adik angkat…”
Sedang berbual..kami di kejutkan dengan derapan kaki yang berlari.bagai di kejar sesuatu.hmmm… si katak puru rupanya…
“Nurin…..abang firdauslah…”
                “kenapa pulak dengan dia??bukan hari-hari ke ko jumpa dia??”
“bertuahnya jumpa dia kat sini ye……”
                “hye…datang nak pinjam buku ke???”
“a..ah lah Dian…tak kan nak dating dengan cik putri ni pulak kan???”
                “apa salahnya…dua-dua pun single kan…..ouchhh!!!”aku sempat mencubit pinggang Dian saat ayat keramat itu muncul d bibirnya.
“manalah katak puru sesuai dengan tuan putri..ye tak sofiyya??” sempat lagi katak puru mengenakan nurin….aku hanya  tanpa kata saat itu.pandai jugak diaa ni berceloteh ye..makin menjadi lah dian mengusik ku nanti..malas untuk menyampuk,aku mengorak langkah untuk berlalu meninggalkan mereka..berbuallah sahabatku..banyak kerja yang menanti untuk aku bereskan.
“Nurin..aku kat sebelah je tau..kalo ada yang mengusik report terus tau….”lagak ditaktor memberi arahan.kebetulan dian menjaga bilik computer hari ni.mesti tak lepas peluang menjengah ‘muka buku ‘ ny itu.lepas ni pasti ada gossip yang dia war-warkan padaku.isu laman social yang kini jadi medan perbincangan banyak pihak..jangan tak tau..aku jugak ada satu..hehheh..Cuma aku tak sekerap dian membeleknya…kalau di ikutkan sangat mengadap computer ajelah jawabnya.
                Tepat jam 4.45 petang,library mula lengang dek pelajar.kerana masing-masing ingin balik ke rumah..lagi pula aku akan menamatkan tugasku lagi 15 minit.aku segera menuju ke meja berhampiran.agak berselerak buku-buku di atasnya,segera ku pulangkan pada tempat yang sepatutnya.budak-budak ni..kalau membaca tak pandai nak simpan balik..menyusahkan aku je..memerhatikan keadaan sekeliling,manalah tahu ada tingkap yang belum aku kunci,buku yang belum aku susun,sampah nya lagi.
“tak balik lagi??”terkedu mendengar lagi suara itu.
                Kejap lagilah,..kalau saya baaalik..sapa nak tutupkan library ni??”sekadar berbasa-basi.gementarkah yang ku rasakan ini??
Merasakan yang aku berseorangan disini.langkah ku percepatkan.kunci sudah pun aku sisipkan di dalam poket beg sandangku dan berjalan beriringan dengan katak puru..langkah yang agak perlahan bagiku.patutlah..sambil membaca rupanya…..menuruni anak tangga dalam  keadaan itu sangat melecehkan.dia tak terfikir ke?
“Aik…..abang Firdaus  ngan Nurin ni ada apa-apa ke?? Lain macam je Dian tengok…dating ek??? Usikan Dian mengena lagi.kenapalah dia nak sangat kenenkan aku dan katak puru ni ye??
                “mana adalah Dian….abang tak sedar pun orang tu nak tutup library tadi..tup…tup dah kena halau….kesian abang kan??”iyelah tu..pandai kau nak kenakan aku ye..bila masa pulak aku halau orang.tak pernah di buat tu cik abang ye…
                “jom Dian..kita tunggu pak abu kat depan sana..kesian pulak dia tercari-cari kita nanti…”aku menunding jariku ke arah pondok di depan sekolahku.lantas menarik tangan dian agar tidak berlama-lama mengusik aku dan ‘dia’.apa pulak kata nya nanti.tak mau pulak aku dikata tak tau malu.nak berkawan dengan senior.langkah semakin aku percepatkan membuatkan Dian menjerit memanggil namaku.hihihi..padan muka dian tu..usik lah lagi…..
                Sampai di rumah,aku mandi dan menunaikan solat asar.menyiapkan beberapa kerja sekolah yang telah di amanahkan..Ekonomi punya homework ni sangat memeningkan aku.kalau semua mata pelajaran yang melibatkan kira-kira ni aku blur…dah dewasa nanti nak jadik apa ya?? Hmm…..aku kena tanamkan semangat bahawa kira-kira sangat-sangat senang,barulah boleh enjoy belajar.aku boleh apa.....abah pernah sarankan aku untuk menjadi pegawai kewangan nya.malah aku cebikkan wajah.Kini terlintas difikiranku untuk membina kerjaya ke arah itu…yes!!!.Selesai semua tugasan,aku turun membantu umi di dapur.bukan banyak yang aku bantu pun..sekadar mengupas bawang-bawang je.malam ni umi masak udang madu.yummy…bila nak belajar masak ni ye…hmm..susah jugak jadi wanita ni kan??
                “apa yang putri umi ni menungkan ye???”
“takde apa lah umi…nak belajar masak boleh tak?? Hehhehe”
                “memang tu umi nak dengar…..anak dara seusia putri ni,sepatutnya dah pandai masak nasi tau…”
                ‘ye ke?? Tak kot….umi dulu pandai ke?? “aku cuba mengusik umi…
“e..eh budak ni….mestilah tau…kalau tak..umi tak cakap macam tu..”
Sementara menunggu abah bersiap..aku membantu umi menghidangkan makanan…sungguh berselera pulak malam ni,sambil mendengar abah berceloteh pasal kerjanya yang tak siap-siap…sabar ye bah….nanti lepas habis belajar Putri bantu ye…