Tuesday, 25 March 2014

ceritera cintaku 6

assalamualaikum..here another chapter of ceritera cintaku.. hope u'll like it....
xoxo....




Bab 6……

Hari-hariku kini berputar seperti biasa.menaiki bas membuatkan rutinku semakin mudah.tak lewat macam selalu..tapi kadang-kadang nyaris tertinggal bas.kalau asyik sangat depan cermin,itulah padahnya.kalau umi tak menjerit dari tingkat bawah…memang tak sah.Dengan rifdi firdaus pun dah jarang ada masalah.sekarang aku dah boleh sebut namanya,membuatkan kawan-kawan ligat mengusik dengan pelbagai persoalan.jawapan yang ku berikan Cuma satu senyuman kerana aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk itu semua.
                Abah sekarang makin maju dengan bisnes perumahan nya..banyak jugak aku dengar dari umi pasal projek mega yang ayah dapat.berkat usaha kata nya…Umi pulak,sejak sibuk berpesatuan ni…asyik meeting aje..tapi aku faham tahap kebosanan umi di rumah sendirian.asalkan kasih sayang mereka untuku tak kurang itu sudah memadai bagiku..
                “good morning abang amer..kak DEwi…”riang pagiku menegur 2 dari 3 pengawas yang menjaga pagar sekolah hari nih…
“Takkan Amer dengan DEwi aje kot??? Saya ni awak tak Nampak ke???”terdengar Suara serak itu menyapa…
                “hye jugak kat awak…tadi sibuk kan ..malas lah nak kacau..”
“a…ah..buat-buat sibuk je tu tadi…..”merajuk kah dia??hmmm..buat apa aku nak fikirkan dia ye???
                “oklah abang…..abang….and kak Dewi…Nurin masuk dulu ye….tak pasal-pasal kena catit nama ni nanti ye…”sengaja aku menyindir’nya’….
                Aku berlalu pantas menuju ke kelasku..pagi ni,kami akan ke library bagi mata pelajaran sejarah.Awal-awal lagi cikgu Mansur dah arahkan sebelum kelasnya berakhir semalam.sebelum loceng menjerit,kami sudah pun memacakkan diri di depan pintu perpustakaan..Hampir kesemua pelajar kelasku sudah berada disini menunggu arahan untuk masuk.Semasa sedang beasak-asak memasuki library..kelihatan pelajar senior mula membuntuti langkah kami..Agak kasar tingkah mereka menjengkelkan kami.tau lah senior..janganlah tunjuk perangai macam budak form 1..lagi pula library ni saaaangat besar,boleh muat  3 buah kelas agaknya..nak risau takde tempat duduk memang tak lah…….
                “Dian.agak-agak pelajar kelas mana tu ek???”aku bertanya pada sahabatku itu..kerana bagai tiada yang ku kenal pulak.mata ni dah patut tambah degree lagi kot…
“Tu…ada abang firdaus…5 ibnu Sina lah tu….beznya bergabung dengan dorang….”
                “apa yang best nya dian oi,….bingit adalah..tengok tadi tu..masuk pun dah kelam kabut dibuatnya…”aku mencemuh gaya seniorku itu.
                15 minit berlalu dengan agak damai.aku mencari rujukan yang telah cikgu  Mansur sarankan tadi.bukan tak bagi cari rujukan kat luar,Cuma nak pelajar focus  aje..katanya lah…al-maklumlah pelajar sekarang ni,kalau di kasi kerja sekolah..asyik bertangguh aje..padanlah cikgu Mansur jarang bagi homework sejarah.
                “hye sofiyya…carik buku apa tu???”satu suara yang mencuit pendengaranku.
“oh….abang Rifdi….tengah carik buku lukisan ni ha…tak kan lah nak carik buku sains pulak kan???sekadar aku berbasa-basi.biar dia tahu aku tidak selesa.
                “aik??? Marah ke??saya gurau je lah wak..tau lah sekarang ni time sejarah..saje datang menegur….Dian mana??”
                “entah….mana pulak dia menghilang tadi…tengah cari bahan rujukan kot…”
“saya join awak duduk kat sini ye??sana bising sangatlah..dengar orang bergosip”Dia mengiringi langkah ku ke satu sudut yang agak tersorok.
                “Library ni public..so duduk je lah kat mana awak nak….”
“macam tak ikhlas je…”
                “bukan tak ikhlas..Cuma saya tak nak lah dengar sok-sek orang mengata..,macam awak cakap tadi…g.o.s.i.p….karang tak pasal-pasal ada pertubuhan ‘ANTI PUTRI NURIN SOFIYYA’ sapa yang susah??”aku berusaha menghalau nya dengan cara yang paling sopan…I guess…….tapi macam tak makan saman je ni.
                “kenapa pulak macam tu??”
“manalah tau..ada yang kata saya nak usha awak pulak nanti….”
                “jangan risaulah…tak punye….”
“terpulanglah pada awak…tapi janji jangan kacau saya buat kerja ok…”
                “promise”lagaknya seperti pesalah yang mengangkat sumpah pulak…
                Masing-masing mendiamkan diri.memang patut pun kan?? Dah nama nya dalam library.Cuma aku terperasan beberapa pasang mata bagai ingin memamah ku hidup-hidup…tak sanggup aku untuk melihat pemilik mata itu.. apalah agaknya yang bermain di fikiran mereka ya..jangan fikir yang bukan-bukan sudah.
                ”amboi….Nurin dan abang Firdaus ni…kata takde apa-apa…ni duduk berdua-duan ni kenapa??Agak keras bisikan Dian memanah kupingku.
“mana ada apa lah Dian…kami ni berborak pun tak..camner tu??”Rifdi Firdaus bersuara.
                “iyelah tu takde apa-apa…tengok riak abang Firdaus pun dah tau…nak ngorat Nurin ek??”ligat pulak Dian ni menyakat.
“Dian Hamiza!!!!”paduan Suara kami mengundang rasa tidak senang pelajar lain…Malu nya aku…mana nak sorok muka ni???hmm…..jagalah ko Dian……
               
                aku Cuma melihat segaris senyuman di bibir nipis itu.suka atau tidak dia mendengar gurauan dian itu….aku sendiri kurang pasti..cepatlah wahai masa…berlalu lah..agar rasa panas di wajah ku ini segera lenyap bersamamu….Mata yang sedari tadi galak memandang,kini mula menjeling.bukan aku takut akan jelingan itu..Cuma segan untuk menambah musuh,yang ku kira sangat tidak masuk akal jika puncanya Rifdi Firdaus…ambil lah dia jika itu mampu menhilangkan rasa amarah kalian.

No comments:

Post a Comment