Tuesday, 6 May 2014

ceritera cintaku 8



assalamualaikum.... another chapter of ceritera cintaku... hope u'll like it.... 





Bab 8……..

                Malam ini merupakan majlis penyerahan fail tugas bagi pihak pengawas lama dan baru…rasanya aku lah manusia yang paling sibuk..hampir semua kerja di serahkan padaku…walhal sebagai ketua pengawas..dialah yang perlu lebih sibuk..baru beberapa hari pegang jawatan ketua dah nak tunjuk eksyen….kesian aku kan??? Kena buli….aku memarahi diri sendiri kerana mengiakan sahaja tugas yang kak syima berikan padaku.sepatutnya kami berbagi tugas.ini tidak dia sibuk berbual dengan pelajar lelaki senior….
                “kak Nurin..menu malam ni apa ya???”seorang pengawas cilik menegurku..agaknya pelajar tingkatan 2 lah tu….
                “nasi putih+ ayam masak kicap..ada buah honey dew..air sirap merah…jangan risau…everything settle..”Sebenarnya menu tu belum settle lagi,kerana catering di upah belum sampai lagi..aku meninjau ke luar dewan.menunggu gerangan yang belum yang tiba..janji pukul 7.30…..ni dah 7.45…’dia’belum sampai lagi…..
                “ha..Nurin..carik sapa tu??abang Firdaus ke??”usikkan Dian sedikit pun tidak mampu menghilangkan kegusaran hatiku…membuatkan dia terkulat-kulat sendirian…
                “memang tunggu dia….tapi..jangan salah faham ok..dia kata nak uruskan catering..tapi tak sampai-sampai lagi,…mana tak risau ni…”
“o…..tu pun dia dah sampai,…panjang umur..murah rezeki…”kami sama-sama menoleh bila melihat kelibat Rifdi Firdaus memasuki dewan bersama wakil cateringnya…. Senang hatiku.tapi lain pulak yang terjadi…
                “wah Nurin…sedondon korang berdua malam ni ya?? Baju merah hati…dah janji ek???”
                Usikan Dian membuatkan aku meneliti warna bajuku sendiri..memang teruklah aku di kenakan oleh kawan-kawan yang lain malam ini….kenapalah boleh sedondon ye??? hmmm…. nasib-nasib…aku pura-pura menyibukkan diri di atas pentas,melihat wardrobe yang teman-teman yang lain siapkan…dari situ aku melihat Dian dan Rifdi Firdaus asyik berbual….jam menunjukkan jam 8.00 malam..kelihatan bekas-bekas pengawas mengiringi langkah Tuan pengetua..ustaz ahmad sharkawi bin HJ.Suhaili dah mr Zubir selaku guru disiplin sekolah Bandara 2 ini,serta beberapa guru yang lain,…
                Malam ini menjadi malam yang begitu meriah….Dian menjadi pengacara majlis di samping kak dayang rozina sebagai wakil dari bekas pengawas.masing-masing bijak mengeluarkan bait-bait ayat yang seronok untuk di dengar.
                Setelah selesai ucapan dari tuan pengetua dan mr Zubir..majlis penyerahan fail tugas oleh ketua pengawas baru dan lama iaitu Rifdi Firdaus dan abang Syukri dari tingkatan 6 rendah.mereka berdua naik ke pentas setelah di jemput oleh pengacara majlis…hmmm…boleh tahan jugak ‘dia’ dengan baju melayu merah hatinya itu.bersaksikan pengetua,tugasdan amanah menjaga sekolah  telah di serahkan sepenuhnya kepada kami.
               
                Usai semuanya,….tetamu di jemput makan…dewan menjadi riuh –rendah dengan gelak tawa,usik mengusik sesame sendiri…sesekali dewan bergema dengan deraian tawa pelajar-pelajar senior.aku  menuju ke arah buah-buahan pencuci mulut..terasa ada yang mengiringi langkahku..
                “hye Sofiyya…tahniah ya….”suara serak itu rupanya…
“untuk jawatan penolong ketua pengawas??? Thanks….tapi orang tu tak vote pun untuk kita kan??”aku cuba mengusikku..padahal aku tahu yang sebaliknya
                “sapa cakap?? Saya penyokong setia awak tau…belajar untuk mendisiplinkan diri ye….yang penting..pengawas tak boleh lewat….
”thanks……abang pun jangan datang lambat…nanti soffiya balas dendam..padan muka” aku menjadi begitu selesa dengan nya.rancak berbual hingga terlupa mata yang sakit memandang.belum dapat ku temui pemiliknya.Dari kejauhan jugak..aku Nampak Dian dan beberapa rakan ku yang lain berbalas senyum sesama sendiri….jangan fikir yang bukan-bukan ek….
                Sejak itu..adan dan abang Rifdi selesa berkawan…abang?? Panggilan itu spontan saja keluar dari bibirku…dia pun tidak melarangnya…mengia pun tidak…jika ada kesempatan terluang…pasti sms jadi peneman kami…dia lebih kepada penasihat peribadiku yang kadang-kadang membuatkan Dian pun boleh cemburu…tak logic lah…. Tapi korang jangan salah sangka pulak ye….hubungan kita orang cam ni je lah..tak lebih..tak jugak kurang….
                Rupanya selama ni dia ke sekolah menaiki bas yang sama denganku..macam mana boleh tak perasan ek??agaknya perasaan meluat mengatasi penglihatan sekitar ku….hehhe..ampunnn….baru perasan hari tu bila dia mengiringi langkahku menaiki tangga bas…ingatkan dia nak kacau aku dan Dian….hmm,……nasib baik boleh cover malu tu..
                Minggu depan peperiksaan merupakan peperiksaan akhir tahun sekolah sri bandara 2,akan bermula.masing-masing sibuk mentelaah di saat-sat akhir.aku pun tidak telepas dari semua tu…masaku banyak di habiskan bersama rakan-rakan…study group..kadang-kadang kat rumahku..boleh jadi rumah Dian dan sekarang ni nak buat dekat library pulak…senang sikit cari rujukan.akhir-akhir ni aku jarang berbalas sms dengan abang rifdi..mungkin dia pun sibuk agaknya.kalau terserempak pun..sekadar berbalas senyum…Cuma aku khuatir senyuman ku di salah anggap oleh orang yang sering menemaninya  kebelakangan ini.ada jugak gossip yang ku dengar mereka berpacaran dalam diam..entahlah…no komen..itu saja mampu ku beri jika ada yang bertanya..
                “hye…..”aku di kejutkan oleh suara yang sudah lama menyepi….
“abang rupanya….nak cari buku rujukan ke??”
                “tak lah..ingat nak lepak kat sini…merenung buku je…otak dah  macam jammed je nih….”
“otak pun boleh jammed ke??? Carik lah tempat duduk kat dalam….Sofiyya tunggu kawan-kawan sampai…”
                “boleh jugak kalau asyik kena paksa berfikir..heheheh..duty ke hari ni??”
“a…ah…..”
                “dah ready nak exam next week?esok lusa je lagi tu….”
“so far so good….mate tu yang bengap sket…so,kena study extra hard lah….”
                “iyer?? Nak abang tolong ke??”
“its ok..sofiyya boleh catch up lagi dengan kawan-kawan..abang tu perlu focus..sebulan lagi kan???”
                “saya maintain macam biasa je skarang ni..kasi otak slow down,…”
“so…nak further study kat mana nanti??
                “tak tau lagi..kalau result tip top…nak ke UK…ambik engineering…”
“wow….5 o 6 years jugak tu…………..bestnyer….”
                “sofiyya pulak???”
“tak tau lagi…..kat sini aje lah kot….mungkin ambik bisnes…eh..awak ni..bila nak belajar kalau asyik berbual ni??”
                masing-masing mendiamkan diri tatkala rakan-rakan ku sampai..ada yang tersenyum….mengusik lagi lah tu….. aku berlalu meninggalkan rifdi bersama majalah sekolah yang baru di ambilnya dari rak buku untuk belajar bersama rakan yang lain….aku sibuk mentelaah terasa di perhatikan..lantas menoleh….hmmm…mata kami berlaga…lama kami terpaku begitu….cepat-cepata ku mengalihkan pandanganku ke arah Dian yang kebetulan memandang kami dengan senyum simpul….
                Tanpa mengendahkan senyuman Dian aku ingin focus pada apa yang kami bincangkan..tetapi gagal..minda ku bertentangan dengan yang ada di depan mata sekarang..berkali-kali nasir menyiku lenganku..barulah aku tersedar..yang lain..apa lagi..senyum sumbinglah….mataku menoleh ke arahnya..TIADA!!! entah ke mana agaknya dia..kalau lah dia tahu apa yang aku fikirkan sekarang…malu jugak dibuatnya…
                Senyuman teman-teman sengaja kubiarkan berlalu bersama angin….Jika aku turutkan,alamatnya teruk aku kena buli dek mereka yang sangat-sangat suka mengusik..tapi kalau takde mereke jenuh juga aku sorang diri kan??? janganlah persahabatan ini kita rungkaikan…kerana terlalu banyak kenangan yang harus kita kenangi bersama… pahit manis bergelar anak didik…tak suka cikgu tu..admire kalau ada guru yang kacak penampilannya….hihi…aku sayang korang sume sahabat sejatiku…

              bagiku..biar ramai sahabat dari kita mencari musuh yang belum tentu dapat memuaskan hati kita.kadang-kadang aku terfikir jugak..kalau tk de dorang ni..agaknya dengan siapa aku berkawan ye... pernah dulu..aku punya seorang sahabat lelaki..niatnya yang tak ikhlas nak berkawan cuma aku ketahui saat aku terdengar dia mengumpatku bersama kawannya yang lain... konon nya aku ni suka kan dia lebih dari seorang sahabat..hurmm.... biarlah itu berlalu menjadi memori pahit dalam hidup..tak semua orang sukakan kita...even kita tak buat anything wrong pun kat dia..



xoxo:dylla

Thursday, 1 May 2014

ceritera cintaku 7

assalamualaikum...since am bz lately... so baru ada ms nak update new entry..huhu..poor me.. ade ke orang nak baca my story ek???

so..here it is... ceritera cintaku bab 7




Bab 7……

                Hari  yang baru menjelma lagi…jarang bergaduh dengan Rifdi Firdaus kadang kala membuatkan aku tercari-cari kelibatnya.Penasaran di buatnya.Tepat jam 10 pagi,aku,Dian,dan beberapa pelajar lain di arahkan oleh mr.zubir untuk berkumpul di perpustakaan.Sampai di sana ku lihat sudah ramai yang menunggu.mereka dari kalangan pelajar tingkatan 2,4 dan 6 rendah.Apalah agaknya yang perlu kami buat kali ni,.Rasanya belum ada masalah disiplin berat yang aku pikul sekarang ni yang membolehkan aku untuk di hukum….Kelihatan beberapa pengawas dari tingkatan 5 dan 6 atas juga turut sama berkumpul bersama kami.dari kejauhan aku lihat ‘dia’sedang berbual mesra dengan Kak dayang rozina…juga seorang pengawas dari tingkatan 5.
                “kamu semua berkumpul kat sini,sebab beberapa bulan lagi,SPM akan bermula.so,sekarang ni kami mula merangka agenda baru untuk pengawas-pengawas yang baru.Jadi tahniah buat kamu semua sebab terpilih untuk menjadi pengawas bagi sesi 2011/2012..saya amat berharap mendapat kerjasama dari kamu semua.”agak panjang juga penerangan yang MR.zubir berikan usai salam nya tadi.aku agak kaget bila tersenarai dalam pemilihan pengawas yang baru.terasa ada beban yang tergalas di bahuku.
                “Minggu ni…iaitu esok,kamu semua akan mulakan tugas percubaan selama 2 minggu mengikut jadual akan di edarkan sebentar lagi.amanah yang di berikan tu..laksanakan dengan penuh dedikasi.”semua mata ku lihat tersenyum mendengar tugasan pertama yang akan di lakukan.Seronok kah bergelar sebagai seorang pengawas???kalau kat sekolah rendah dulu memanglah seronok..sebab boleh buli budak lelaki yang nakal…sekarang ni agak-agak berani lagi tak???hehhehhehe…….
                “satu lagi…sebelum saya lupa..2 minggu akan datang..saya nak adakan satu mesyuarat untuk bekas pengawas dan pengawas baru untuk lantikan ahli jawatan kuasa..so be ready.Sapa rasa ada yang layak untuk ambik aleh jawatan Rifdi Firdaus boleh mula pancing undi sekarang…”sempat lagi MR Zubir bercanda sebelum meghilangkan diri.
                Kami dibenarkan ke kantin memandangkan masa rehat kami telah pun ‘diculik’tadi.masa setegah jam yang diambil terasa lama..aku dan Dian tidak melepaskan peluang untuk makan memandangkan perutku mula menyanyikan lagu dangdut yang liriknya sangat pichi…..hehehe..lapar lah tu…selesai mengalas perut kami bergegas memasuki kelas.Nasib baik mata pelajaran PSV sudah berakhir..kalau tak,tak senang duduk aku di buatnya.
                Di dalam kelas Puan nik sudah selesai memberi penerangan mengenai tajuk baru bagi mata pelajaran matematiknya.mau tak mau..terpaksa penerangan itu di ulang agar kami yang lewat ini tidak keliru..tapi penerangan nya kali ni tak lekat di mindaku…entah apa yang meghadang..aku kurang tau. Hari ni tiada homework yang di berikan para guru,menurut Puan nik minggu depan dia tak masuk kerana akan berkursus di langkawi.
                Tepat jam 13.45 kelas mulai hingar bila loceng tamat sekolah di bunyikan.
********


                Sejak jadi pengawas pelatih ni,aku semakin sibuk.sesibuk umi dan persatuan nya..tapi masih tak boleh kalah dengan kesibukkan abah.hehehe…Sampai ke sekolah se awal 6.30 pagi. Aku ingin menunjukan disiplin yang baik kepada senior-senior ku nanti. Bukan untuk membodek namun sekadar melatih diri.
                Hari ni,buat pertama kalinya aku akan bertugas menjaga pagar sekolah.rasa berdebar jugak ni. Maklumlah,selama ni title ‘putri lewat’ sentiasa menjadi milikku. Jadi segan pulak nak mencatat nama pelajar yang lewat. Entah- entah..budak junior tak takut pun kat aku.. malulah kalau macam ni…. Aku bermonolog lagi sendirian.dari kejauhan aku lihat Dian dan 2 orang pengawas lain menghampiriku…tersengih Dian sambil mengerling pada lelaki di belakangnya.
                “Dian…duty pertama kita dengan mereka ke?? Hmmm…apalah nasib nanti ye..”
“ye..kau tak tengok jadual ke Nurin?? Memang kita duty dengan Abang Firdaus and kak Nora hari ni..kalau tak suka..buat 'donno' je lah….”
                Aku memuncungkan bibirku pada jawapan yang Dian berikan.aku terpaksa memaniskan muka bila sesekali aku dan ‘dia’ terpandang wajah masing-masing.. petang ni akan di adakan mesyuarat pertama setelah seminggu kami menerima latihan dari bekas pengawas. Banyak jugak kerja yang perlu kami lakukan sebagai pengawas.dari se awal pagi hingga jam 3,kami masih lagi perlu menjalani kewajipan.walaupun tak on duty,kami tetap perlu ada jika kecemasan menimpa.
                Aku dan Dian tiba awal di library petang ni,selepas ke kantin membeli milo ais dan cucur cempedak.lapar perut perlu di isi agar tidak meragam saat orang sibuk bermesyuarat nanti. Mesyuarat dimulai jam 14.30,lambat setengah jam seperti yang telah di rencanakan sebelum ini. Urusan mendadak….itulah jawapan mr Zubir saat masing-masing bertanya sesama sendiri.
                Senang dengan cara mesyuarat kali di jalankan,aku lebih banyak mendengar dari mecelah mana-mana part yang aku kurang faham.sesekali..pasti mata ku berlaga dengan pemilik ‘mata galak’ itu.terkesima aku di buatnya. Tapi yang peliknya,dia seolah-olah takde perasaan.kaku dan terus kaku….
                Usai mesyuarat jam 5,masing-masing melepas rasa kelegaan…mana tak nya..mesyuarat yang bejalan selama hampir 2 jam setengah itu membuatkan pinggang terasa sengal akibat duduk yang agak lama.Setiap hujah yang di utarakan,disusuli bantahan dan cadangan lain dari mereka yang agak agresif percakapannya.
                “tahniah Nurin….at last..awak terpilih sebagai penolong ketua pengawas perempuan”
“thanks to abang amer jugak….abang punye kerjalah tu….”
                “bukan apa…abang nak Nurin biasakan diri dengan disiplin…sentiasa on time…tak gitu???”
                “ada-ada ajelah abang ni…..”
Aku berlalu meninggalkan abang amer yang masih berada di pintu perpustakaan….aku mencari kelibat Dian yang tidak kelihataaan sedari tadi.ke mana pulak agaknya dia…belum sempat aku mengomel sendirian..Dian menyergah.
                “amboi…penolong ketua pengawas ni…..tahniah-tahniah..tak sangka kawan aku sorang ni banyak supporter ye…”
                “banyaklah ko punye penyokong…tapi tak sangka kan….hmm…penolong pengawas…..Putri NUrin Sofiyya…..”
                “jangan nak mula berangan eh..aku tengok senior yang tak terpilih tadi macam nak ngap kau aje kan???
                “ biarlah….. bukan aku yang mintak jawatan tu pun….”
                Aku dan Dian balik di jemput pak abu…awal-awal lagi aku menolak..namun abah berkeras mahu pak abu menjemput kami….. pelbagai alasan yang ku berikan abah tolak mentah-mentah..thank abah…saaaayangg…..abah.sampai di rumah abah dan umi sudahpun menunggu di ruang makan…haruman teh bunga dan cucur pisang yang masih panas belum dapat menghilangkan rasa laparku pada nasi…perkara pertama yang perlu aku lakukan adalah makan….
                “Assalamualaikum abah..umi……awal sampai hari ni bah??” aku bersalaman dengan orang tuaku…
                “kerja siap awal sayang..mari minum dengan abah..nak jugak dengar hasil mesyuarat tadi….”
                “umi….putri laparlah..nak makan nasi boleh??? Umi masak apa tengah hari tadi?? Ada lagi tak??”aku merengek minta di hidangkan nasi.kesian umi,baru nak bermesra bersama abah petang-petang macam ni…tapi perutku yang lapar minta di isi jugak…
                “kalau ye pun lapar..salinlah baju dulu sayang… nanti umi panaskan lauk tadi ye..ikan tenggiri masak sos aje sayang..sorry..no sayur hari ni…”umi mula sibuk menghidangkan makanan padaku….melahap dengan cepat hingga abah menegur perlakuan ku…maaf abah…lapar yang amat sangat anakmu ini….hihi..abah dan umi hanya mapu menggelengkan kepala melihat tingkahku.
                Malam ini sekali lagi aku makan….walaupun kurang rasa lapar..ku turutkan rasa hati yang mahu menemani umi dan abah.sudah beberapa hari abah balik lewat dari pejabatnya…inilah masa yang sesuai untuk mengumumkan pada mereka yang aku telah dilantik menjadi penolong ketua pengawas.lebar senyuman yang abah berikan membuatkan aku begitu bersemangat untuk memikul tanggungjawab itu.umi pula memberikan ciuman buatku..mungkin bagi sesetengah orang jawatan itu tiada pa-apa….tapi ku tetap merasakan bahawa abah dan umi berbangga denganku.