so..here it is... ceritera cintaku bab 7
Bab 7……
Hari yang baru menjelma lagi…jarang bergaduh
dengan Rifdi Firdaus kadang kala membuatkan aku tercari-cari
kelibatnya.Penasaran di buatnya.Tepat jam 10 pagi,aku,Dian,dan beberapa pelajar
lain di arahkan oleh mr.zubir untuk berkumpul di perpustakaan.Sampai di sana ku
lihat sudah ramai yang menunggu.mereka dari kalangan pelajar tingkatan 2,4 dan
6 rendah.Apalah agaknya yang perlu kami buat kali ni,.Rasanya belum ada masalah
disiplin berat yang aku pikul sekarang ni yang membolehkan aku untuk di
hukum….Kelihatan beberapa pengawas dari tingkatan 5 dan 6 atas juga turut sama
berkumpul bersama kami.dari kejauhan aku lihat ‘dia’sedang berbual mesra dengan
Kak dayang rozina…juga seorang pengawas dari tingkatan 5.
“kamu
semua berkumpul kat sini,sebab beberapa bulan lagi,SPM akan bermula.so,sekarang
ni kami mula merangka agenda baru untuk pengawas-pengawas yang baru.Jadi
tahniah buat kamu semua sebab terpilih untuk menjadi pengawas bagi sesi
2011/2012..saya amat berharap mendapat kerjasama dari kamu semua.”agak panjang
juga penerangan yang MR.zubir berikan usai salam nya tadi.aku agak kaget bila
tersenarai dalam pemilihan pengawas yang baru.terasa ada beban yang tergalas di
bahuku.
“Minggu
ni…iaitu esok,kamu semua akan mulakan tugas percubaan selama 2 minggu mengikut
jadual akan di edarkan sebentar lagi.amanah yang di berikan tu..laksanakan
dengan penuh dedikasi.”semua mata ku lihat tersenyum mendengar tugasan pertama
yang akan di lakukan.Seronok kah bergelar sebagai seorang pengawas???kalau kat
sekolah rendah dulu memanglah seronok..sebab boleh buli budak lelaki yang
nakal…sekarang ni agak-agak berani lagi tak???hehhehhehe…….
“satu
lagi…sebelum saya lupa..2 minggu akan datang..saya nak adakan satu mesyuarat
untuk bekas pengawas dan pengawas baru untuk lantikan ahli jawatan kuasa..so be
ready.Sapa rasa ada yang layak untuk ambik aleh jawatan Rifdi Firdaus boleh
mula pancing undi sekarang…”sempat lagi MR Zubir bercanda sebelum meghilangkan
diri.
Kami
dibenarkan ke kantin memandangkan masa rehat kami telah pun ‘diculik’tadi.masa
setegah jam yang diambil terasa lama..aku dan Dian tidak melepaskan peluang
untuk makan memandangkan perutku mula menyanyikan lagu dangdut yang liriknya
sangat pichi…..hehehe..lapar lah tu…selesai mengalas perut kami bergegas
memasuki kelas.Nasib baik mata pelajaran PSV sudah berakhir..kalau tak,tak
senang duduk aku di buatnya.
Di
dalam kelas Puan nik sudah selesai memberi penerangan mengenai tajuk baru bagi
mata pelajaran matematiknya.mau tak mau..terpaksa penerangan itu di ulang agar
kami yang lewat ini tidak keliru..tapi penerangan nya kali ni tak lekat di
mindaku…entah apa yang meghadang..aku kurang tau. Hari ni tiada homework yang
di berikan para guru,menurut Puan nik minggu depan dia tak masuk kerana akan
berkursus di langkawi.
Tepat
jam 13.45 kelas mulai hingar bila loceng tamat sekolah di bunyikan.
********
Sejak
jadi pengawas pelatih ni,aku semakin sibuk.sesibuk umi dan persatuan nya..tapi
masih tak boleh kalah dengan kesibukkan abah.hehehe…Sampai ke sekolah se awal 6.30
pagi. Aku ingin menunjukan disiplin yang baik kepada senior-senior ku nanti.
Bukan untuk membodek namun sekadar melatih diri.
Hari
ni,buat pertama kalinya aku akan bertugas menjaga pagar sekolah.rasa berdebar
jugak ni. Maklumlah,selama ni title ‘putri lewat’ sentiasa menjadi milikku.
Jadi segan pulak nak mencatat nama pelajar yang lewat. Entah- entah..budak
junior tak takut pun kat aku.. malulah kalau macam ni…. Aku bermonolog lagi
sendirian.dari kejauhan aku lihat Dian dan 2 orang pengawas lain
menghampiriku…tersengih Dian sambil mengerling pada lelaki di belakangnya.
“Dian…duty
pertama kita dengan mereka ke?? Hmmm…apalah nasib nanti ye..”
“ye..kau tak tengok jadual ke Nurin??
Memang kita duty dengan Abang Firdaus and kak Nora hari ni..kalau tak
suka..buat 'donno' je lah….”
Aku
memuncungkan bibirku pada jawapan yang Dian berikan.aku terpaksa memaniskan
muka bila sesekali aku dan ‘dia’ terpandang wajah masing-masing.. petang ni
akan di adakan mesyuarat pertama setelah seminggu kami menerima latihan dari
bekas pengawas. Banyak jugak kerja yang perlu kami lakukan sebagai
pengawas.dari se awal pagi hingga jam 3,kami masih lagi perlu menjalani
kewajipan.walaupun tak on duty,kami tetap perlu ada jika kecemasan menimpa.
Aku
dan Dian tiba awal di library petang ni,selepas ke kantin membeli milo ais dan
cucur cempedak.lapar perut perlu di isi agar tidak meragam saat orang sibuk
bermesyuarat nanti. Mesyuarat dimulai jam 14.30,lambat setengah jam seperti
yang telah di rencanakan sebelum ini. Urusan mendadak….itulah jawapan mr Zubir
saat masing-masing bertanya sesama sendiri.
Senang
dengan cara mesyuarat kali di jalankan,aku lebih banyak mendengar dari mecelah
mana-mana part yang aku kurang faham.sesekali..pasti mata ku berlaga dengan
pemilik ‘mata galak’ itu.terkesima aku di buatnya. Tapi yang peliknya,dia seolah-olah
takde perasaan.kaku dan terus kaku….
Usai
mesyuarat jam 5,masing-masing melepas rasa kelegaan…mana tak nya..mesyuarat
yang bejalan selama hampir 2 jam setengah itu membuatkan pinggang terasa sengal
akibat duduk yang agak lama.Setiap hujah yang di utarakan,disusuli bantahan dan
cadangan lain dari mereka yang agak agresif percakapannya.
“tahniah
Nurin….at last..awak terpilih sebagai penolong ketua pengawas perempuan”
“thanks to abang amer jugak….abang punye
kerjalah tu….”
“bukan
apa…abang nak Nurin biasakan diri dengan disiplin…sentiasa on time…tak gitu???”
“ada-ada
ajelah abang ni…..”
Aku berlalu meninggalkan abang amer yang
masih berada di pintu perpustakaan….aku mencari kelibat Dian yang tidak
kelihataaan sedari tadi.ke mana pulak agaknya dia…belum sempat aku mengomel
sendirian..Dian menyergah.
“amboi…penolong
ketua pengawas ni…..tahniah-tahniah..tak sangka kawan aku sorang ni banyak
supporter ye…”
“banyaklah
ko punye penyokong…tapi tak sangka kan….hmm…penolong pengawas…..Putri NUrin
Sofiyya…..”
“jangan
nak mula berangan eh..aku tengok senior yang tak terpilih tadi macam nak ngap
kau aje kan???
“
biarlah….. bukan aku yang mintak jawatan tu pun….”
Aku
dan Dian balik di jemput pak abu…awal-awal lagi aku menolak..namun abah
berkeras mahu pak abu menjemput kami….. pelbagai alasan yang ku berikan abah
tolak mentah-mentah..thank abah…saaaayangg…..abah.sampai di rumah abah dan umi
sudahpun menunggu di ruang makan…haruman teh bunga dan cucur pisang yang masih
panas belum dapat menghilangkan rasa laparku pada nasi…perkara pertama yang
perlu aku lakukan adalah makan….
“Assalamualaikum
abah..umi……awal sampai hari ni bah??” aku bersalaman dengan orang tuaku…
“kerja
siap awal sayang..mari minum dengan abah..nak jugak dengar hasil mesyuarat
tadi….”
“umi….putri
laparlah..nak makan nasi boleh??? Umi masak apa tengah hari tadi?? Ada lagi
tak??”aku merengek minta di hidangkan nasi.kesian umi,baru nak bermesra bersama
abah petang-petang macam ni…tapi perutku yang lapar minta di isi jugak…
“kalau
ye pun lapar..salinlah baju dulu sayang… nanti umi panaskan lauk tadi ye..ikan
tenggiri masak sos aje sayang..sorry..no sayur hari ni…”umi mula sibuk
menghidangkan makanan padaku….melahap dengan cepat hingga abah menegur
perlakuan ku…maaf abah…lapar yang amat sangat anakmu ini….hihi..abah dan umi
hanya mapu menggelengkan kepala melihat tingkahku.
Malam
ini sekali lagi aku makan….walaupun kurang rasa lapar..ku turutkan rasa hati
yang mahu menemani umi dan abah.sudah beberapa hari abah balik lewat dari
pejabatnya…inilah masa yang sesuai untuk mengumumkan pada mereka yang aku telah
dilantik menjadi penolong ketua pengawas.lebar senyuman yang abah berikan
membuatkan aku begitu bersemangat untuk memikul tanggungjawab itu.umi pula
memberikan ciuman buatku..mungkin bagi sesetengah orang jawatan itu tiada
pa-apa….tapi ku tetap merasakan bahawa abah dan umi berbangga denganku.
No comments:
Post a Comment