Assalamualaikum.... korang..nih sedikit update dari bab 11...... hope korang ejoy it....
Bab 11……..
Minggu depan,firma megat akan
mengadakan majlis ulang tahun yang ke 45.hasrat hati abah nak mengadakan family
day di santubong resort aku tunaikan.semua persiapan dah pun aku aturkan
termasuklah booking chalet untuk semua staffku,ballroom untuk majlisnya
nanti.cafe jugak dah aku selesaikan sekali dengan karaoke lounge nya.manalah
taukan,ada antara staffku yang nak berkaraoke…
***********
Aku ke sini semalam,untuk
menguruskan apa yang perlu.kalau sampai lambat karang,susah pulak aku nanti.hari
ni,aku agak sibuk uruskan pendaftaran yang di jalankan bersama jamal,milla dan
Krishna se awal jam 2.30 petang.Mengagihkan kunci chalet juga aku yang
buat.terlebih rajinlah pulak kan..hehheheh….memang rajin pun…. Sapa nak puji
kalau bukan diri sendiri..ye tak???
Sedang aku sibuk melayan staff –staffku,Johan,pembantuku
di bahagian kewangan menyapa.datangnya bersawa seorang wanita
cantik.isteri........ itulah kata johan.Rupanya dunia kehidupan ku berputar pada satu skala
Cuma,bilamana wanita itu rupanya kak Dayang Norina,senior zaman remajaku di SMK Bandara…..
Seronok berborak dengan kak Dayang.masih peramah seperti dulu
orangnya.walaupun kami tak de lah rapat mana pun.sedang asyik berbual,terkeluar
pula crita yang kurang enak pada pendengaranku.Apa lagi kalau bukan tentang
‘dia’.kisah cinta mereka selama 2 tahun di Perth.Pujiannya yang terlalu tinggi
pada kebaikan dia membuatkan aku terfikir,kerna itulah dia lupakan janjinya
padaku,janji yang tak pernah aku rasakan akan terlerai….hmmm….. menurut kak Dayang, kononnya si dia tu sangat loving,baik membuatkan ramai yang
tergila-gilakannya.termasuk anak-anak mat saleh di sana.
Satu berita yang pernah aku
tunggu akhirnya kedengaran.si dia sudahpun balik ke Sarawak selepas menamatkan
pelajarannya.tanpa pamitan.itulah kata-kata kak dayang yang rasanya
bermain-main ditelingaku.haruskah aku usir rasa itu.perlukah aku buang firasat
itu?? Semuanya jadi serba tak kena.aduhaiii hati,janganlah kau pamerkan
semua luka yang mulai kau rasa.
Aku cuba membuang semua resah yang mendikit memenuhi ruang minda.. hanya kerna satu nama..haruskan aku kembali sakit,kembali pedih... "
" Jangan sofiya..dia tak layak untuk semua itu.Kau punya segalanya..tak perlu menanti pada yang tidak sudi.." Minda terus - terusan bermonolog sendiri..
hati pula bercanggah arus...apa perlu aku lakukan... YA ALLAH.. aku tak mau rasa itu pergi..tapi apa daya ku...aku cuma hambamu yang kerdil...
**********
Hari pertama family day ini
sangat meletihkan.usai pendaftaran,kami semua minum petang di cafe.setelah
memastikan semua sudah berada disini,barulah aku boleh tersenyum.berlaga
pandangan mata dengan kak Dayang membuatkan hati rasa sayu
seketika.biarkanlah….
"jangan terlalu ikutkan perasaan"
ayat ini acap kali aku
luahkan pada diri sendiri.mungkin inilah masa nya untuk melepaskan dia pergi.
Malam ini,masing-masing sibuk
berbual bersama family dan rakan-rakan.maklum sajalah,inilah masanya nak
beramah mesra.tanpa sebarang aktiviti yang telah firma jadualkan.segalanya
hanya akan bermula seawal pagi esok.nampaknya terpaksa aku bangun awal..hahaha..kesian….
Seawal jam 7 pagi hingga 9 pagi,kami beraerobik bersama di depan parking
lot resort.dengan music poco-poco dari seberang,kami seronok melakukan aktiviti
ini bersama.bermacam ragam yang terakam pada lensa nikonku.dari anak seusia 7
tahun yang malu-malu mahu berpoco.hingga staff ku pak osen yang bekerja sebagai
guard juga tak kering gusi melihat telatah teman-teman seperjuangan.
Hari ini,aktiviti kami akan bermula
jam 10,selepas minum pagi,rencananya untuk bersukan di tepi pantai.Bermacam
pertandingan telah di aturkan.termasuklah acara tarik tali dan berlari di dalam
guni…bayangkan nak berlari atas pasir-pasir tu…..semuanya telah di uruskan oleh Jamal and The Gang.Abah dan umi Cuma jadi pemerhati saja.malah abby juga
menolak untuk bertanding dan lebih memilih untuk membaca di bawah pohon rendang.
Nampaknya pasukan ku berada di tangga kedua di balakang pasukan abah.ini
semua gara-gara Rusdi yang tak mau bekerjasama dengan Sara semasa pertandingan
lari ikat kaki tadi..tak nak gossip katanya..macam-macamlah dorang ni…huhuhu…..
xoxo: Qaseh fadillah

