xoxo .... thumbellina
ceritera cintaku bab 9
Suatu hari…….
“Nurin..aku
tengok kau dengan abang firdaus dah makin closelah skarang….ada apa-apa yang
aku tak tahu ek??” perjalanan menuju ke makmal bagi mata pelajaran terakhir
kami sedikit terganggu dek soalan cepumas Dian…..
“ish..mana ada apa-apalah…pandai aje Dian
ni..”
“jangan
nak bohong ek..tengok tu…..blushing…”
“kita orang kawan je lah..nak kena cekup
dengan ustaz mahfoz couple kat sekolah ke??”
“bila
pulak aku cakap korang couple??
Pandai
pulak si Dian ni nak perangkap aku ek?? Tapi..ada apa antara aku dan rifdi??
Tak pernah terucap kata cinta itu dari bibirnya….Cuma perilaku yang memainkan
peranan bagi pihak empunya diri…kekadang aku
juga bingung untuk mendifinasikan hubungan ini….biarlah masa yang
menentukannya….namun seringkali hatiku membisikan kata cinta untuknya…adakan
aku terlalu muda untuk punya rasa itu…atau cinta memang begitu?? Atau
sememangnya perasaan itu sekadar cinta monyet seperti yang mereka war-warkan??
Aku pernah lihat sepupu rakan ku yang bercinta dari zaman sekolah..dah beranak
pinak pun…
Sampai
di makmal,kami terpaksa beratur menunggu giliran untuk masuk.kalau tidak silap
perkiraanku,hari ini pelajar kelas 5 ibnu sina yang punya giliran sebelum
kami,bagi mata pelajaran kimia.Terasa jantungku berdetak lebih pantas dari
biasa saat pelajar senior itu keluar dari makmal.Tanpa siapa pun yang
menduga,rifdi sempat menghulurkan satu nota kecil padaku.terasa adrenalin laju
berlari……malunya bila kawan-kawanku tersengih-sengih…
++
assalamualaikum….
Sofiyya balik naik bas ke hari ni??abang nak jumpa nanti boleh??nanti
kita singgah kat MCD…c u…++
“haaaaa………………….senyum sorang ni kenapa??
Abang firdaus nak apa hah??”sergahan Dian mematikan senyuman ku..
“kau
nak sangat aku kena heart attack kan?? Ni ha…..”nota dari rifdi bertukar
tangan.dapat aku rasakan apa yang bakal Dian ucapkan..
“fu..yoh..korang ni memang ada
apa-apakan??apesal aku tak tau ek??cam ginilah kawan kan?? Amacam??nak ikut dia
tak??”
“tak
tau lagi lah..tengoklah camner..ko nak ikut??”
“tak nak aku…jadi tiang letrik korang
ke??balik terus lagi cantek…esok story mori k”
Kelas
sains madam zora hari ni berjalan lancar walaupun fikiranku tidak 100% di
sini…maaf abah..putri takleh focus hari ni….loceng berbunyi menandakan sesi
kali ni berakhir sudah.debaran semakin terasa.setelah berpamitan dengan yang
lain..aku dan Dian pantas menuju ke pondok di depan sekolah untuk menunggu bas
menjemput…sebenarnya bas dah sampai pun…hihi…
Di
dalam bas..aku dan Dian duduk di satu kerusi yang kosong…kebetulan pulak di
belakang rifdi dan Abang Amer…aku terpana melihat senyumannya..ermm….pergerakan
bas terasa lambat hari ni..hingga tiba di satu kawasan Bandar..rifdi menekan
loceng bas menandakan dia mahu turun…lama dia memerhatikan ku dan memberi isyarat agar turun ber samanya….
Sampai di fastfood restoran itu..kami
memilih tempat yang agak jauh dari orang lain..bukan kerana inginkan suasana romatik..tapi
Cuma rasa tidak selesa kerana kami masih dibaluti seragam sekolah..memang nak
kenalah kalau ada yang Nampak dan report kat pak ustaz kat sekolah..esok akan ada
yang kena sindir..hihihi….
“thanks
ya..sebab nak temankan abang kat sini” Dia memulakan bicara setelah agak lama kami berdiam diri…
“kejap aje tau..Sofiyya tak bagitahu umi
pun tadi…handphone tertinggal kat rumah..”
“nak
guna abang punyer ke??” Dia menghulurkan blackberry curve nya,tapi ku
tolak..niat ku memang tak mau berlama-lama di sini dengan nya..hati yang
berdegup kencang mungkin tak mampu ku tahan..
“its
ok..memang sofiyya tak leh lama sangat ni…”
“ok lah kalu macam tu..abang order jap
ek…”
Aku hanya menjadi pemerhati setianya dari
kejauhan…menghabiskan satu cheese burger membuatkan aku kekenyangan,di tambah
dengan segelas pepsi ice… best jugak sekali sekala orang belanja kita makan
kan?? Usai mencuci tangan,dia menghulurkan satu kotak kecil kemas dibaluti
kertas merah…
“apa ni?? “
“bukaklah..its
yours….”
“wah….cantiknya….untuk sofiyya ke??”
terbentang seutas gelang tangan silver dihadapanku.sangat halus
buatannya.tertera dua nama di balik rantai tangan itu…
“Rifdi
Sofiyya…..suka tak dengan nama tu??”
“suka..tapi kan..orang tua-tua selalu
cakap…kalau gabung nama..tak panjang jodoh..”
“sofiyya
nak ke jodoh kita panjang??”
Pertanyaan
itu membuatkan aku terdiam.terperangkap dengan kata-kata sendiri..Dia hanya
tersenyum..dan sesungguhnya senyuman itu mendebarkan segenap ruang degupan
jantungku.Wahai Rifdi Firdaus….ku tlah jatuh cinta…janji yang di ikat ini..akan
kah sampai ke akhirnya??? Duhai hati..bertahan lah dikau dalam pautan asmara
yang kita sendiri kurang mengerti…apakah ini cinta tau sekadar mainan perasaan
semata-mata… Ya Allah bantulah hambamu ini memilih jalan yang engkau redhai…
No comments:
Post a Comment